βœ•

18 Balas

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan β€˜to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, β€œSaya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah πŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Sis jgn percaya kdg ada doc yg xmahir pon, sng2 ja assume kta luar rahim pdhl week pn bru 4 minggu kan.. Tggu besar sikit sis pegi scan balik InshaAllah atas izin Allah baby elok2 ja tu.. Sya pernah ada pengalaman mcm sis.. Dtg nk scan biasa skli dia kata suspek kandungan luar rahim msa tu dlm brapa week th xigt.. Yg pelik nya sya tgok gmbr scan tu kantung sya elok bulat tau cuma xnmpk la bby ke apa.. Sya jd pelik sbb sblom ni sya gugur doc bg tau kantung sya xcntik x bulat sbb tu sya pelik knpa kndungan yg ni dia kata luar rahim lps tu sya xd pn sesket perut ke apa elok mcm biasa.. Mula tu mmg down ngis sbb bru ja gugur ni dia kata gndung luar rahim plk.. Asben amik kptsan la nk review hospital tpi last mnit kami ubah fikiran tggu esok scan dkt klinik pakar.. Alhamdulillah sis.. Baby elok2 ja.. Sehat ikut mggu dia.. Skrg ni sya dh 37 minggu lebih dh tgh tggu bby keluar.. Andai kata sya pergi hospital mlm tu xtau la apa nasib baby saya😭

Allahhh yeke awak😭😭😭saya da masuk 3 kali repeat darah..dia kata bacaan beta hcg makin lama makin naik..tapi tak nampak kantung..saya cakap bole nampak kantung ke kalau 48 hours saya kena p hospital cek darah dan scan..dia kata boleh.padahal saya baru 4 week..ni dia suruh repeat lagi..stress betul..pdahal bacaan beta saya makin lama makin tinggi..tapi dia detect ektopi..tak sanggup da nak datang esok..memang saya tak pergi lagi da..sebab mana boleh tahan setiap 48 jam saya kena scan perut dan tvs😭😭

awalnyaaa lagi sis tu 4weeks, normally kalau kulit tak tebal boleh nmpk 6-7weeks cmtu depends atas masing2.. saya pon masa pregnant konon nk early pregnancy scan kan, pergi scan tak jumpa baby then dr boleh kata saya ade fibroid sbb kan saya irregular period dia kata rahim tebal tapi maybe missed miscarriage. pergi kat kk alhamdullilah nmpk baby 8weeks masa tu, kk pon tkde kata saya ni ade fibroid ke cyst ke normal semua. Pape pun sis jaga diri, jaga pikir kan sgt insyaAllah semoga baik baik je πŸ₯°πŸ˜˜

Alhamdulilahh kalau awak kata macam tu😭😭legq hati..terima kasih awak bagi kata kata positifπŸ™πŸ™awak doakan saya yer❀️❀️

siss jgn caya sis .. amik la mse 1 bulan lg .. mcm sye pun doc syak mcm tu sis .. tp suami sye dgn bestie sye larang untuk g ke GH untuk followup .. alhamdullillah sye tk g pun GH .. sye tgu je pg 2 mggu .. alhamdullillah ade da kantung .. lg 1 mggu ade heartbeat.. jgn giveup deary sis ..

Awak pun macam saya yer😭😭terima kasih awak bagi kata kata positifπŸ™πŸ™πŸ˜­πŸ˜­oke awak baik baikk…sebab saya selagi tak de rasa sakit atau keluar darah memang saya tak p hospital la yer..

Pelikla doctor ni.. Belum apa2 lagi..takde apaΒ² sakit n pendarahan terus kata kelahiran luar rahim.. Sis tunggu smpai dah 8 atau 9weeks.. Baru nampak janin.. kata kan tiada janin lagi.. tunggu lagi 2minggu repeat scan atau skiranya keguguran dia akan keluar secara sendiri/alami....

Terima kasih awak bagi penjelasan beginiπŸ™πŸ™doakan saya yer

doctor tu gila ke ape. 4w nak expect apa? mmg x nmpak kantung la, bru nak menjadi. 8w ke atas bru pegi repeat scan balik. xperlu risau selagi u xde bleeding. 8w above pegi balik scan dkt klinik lain. ade org 8w pon still xnmpk kantung lgi.

Terima kasih awak πŸ™

sy dulu mcm tu scan 5 weeks xnmpk apa lg..then kena tggu 2 weeks dtg balik untuk cek tp blom smpt 2 weeks da bleeding then time tu baru dr suspect luar rahim..so selagi xbleeding or xda tanda insyaAllah okay tu..4 weeks awal lg..

takde plak cuma masa bleeding tu sy suspect maybe trlampau penat sbb setiap kali balik kerja msti nak trus baring mcm trlalu penat..sekali masa bleeding tu dr cek2 xjmpa pon kantung kat mana sedangkan da masuk weeks 7 xsilap time tu..

Hi sis, ini macam saya baru sja tadi cek. Doktor syak luar rahim juga memang risau lah sbb baru. Tapi saya ada nampak komen di sini baru lega hati saya. 2 mnggu lagi ada cek dgn doktor lagi, siap2 ada diberi ubat DUPHASTON

saya pun mcm tu masa check 5week dr cina ppuan ckp x nampak pun baby, mgkn you pregnant luar rahim, punya la takut saya jadinya..lepas tu 8week check balik p klinik lain baru ada nampak kantung dan janin tp masih halus sgt

Ok awak terima kasih

Masih agak terlalu awal nak ckp preggy luar rahim.. kalau buat tvs scan pun belum tentu blh tgk jelas lg.. cuma sis blh perhatikan tanda pendarahan atau sakit ya sis.. didoakan moga selamat semuanya dan sihat2 aja sis..

Okwy baik awak terima kasih yerπŸ™πŸ™

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan