Mak mertua terpaling
Dah masuk hari ke12 sy berpantang kat rumah mertua.Sekali pun kat rumah ni sy blum prnah sentuh baby sy utk bagi dia susu,mandikn baby,pakaikan baju,tukarkn pampers.Suami sy pun xprnah mandikn anak kami Sbb mak mertua tak bagi.Semua dia nk buat sendiri.Sy rasa mcm bukan mak kpda anak sy sendiri.Kecik hati sy bila mak mertua yg lebih2,sampai kata 'cucu' dia tu 'anak' dia. Ya Allah...keciknya hati sy yg mengandungkn anak sy 9bulan ni. Tahu lah ini ada cucu pertama dorang.Keluarga mertua sy takde pun yg jaga sy berpantang.Sibuk nk masuk bilik kami suka hati sbb nak tngok baby,nak jaga baby.Sedangkn sy d buat mcm tunggul oleh keluarga family ni. Bilik kami suami isteri mcm takde privacy,suka hati mak mertua dan ipar2 sy keluar masuk bila2 je dia nak. Mak mertua sampai buat mcm bilik sendiri. Pagi,petang siang malam bnyk kali mak mertua buka pintu bilik(tak ketuk dulu) tngok kami buat apa. Tgh malam masa tido pun mak mertua masuk bilik kami sbb nak main dgn baby ,Dia bila2 je boleh masuk bilik kami dgn alasan dia risau2 kalau baby menangis.Betul2 buat sy tak selesa nak berehat. Bila baby sy nangis,dia cepat2 masuk bilik kami sedangkn sy boleh je jaga anak sy sendiri. Btw,mak mertua sy adalah ibu tunggal. Sy prnah je ckp kat suami yg sy xselesa bila mak dia & adik2 dia suka hati masuk bilik ni.Sy juga tak suka bila dorang over nk jaga baby ni mcm anak dorg sendiri ,Sedangkan sy d pinggirkan jadi ibu kpda ank sy sendiri. Tapi bila sy ckp dgn suami ,suami marah sy dia backup mak dia. Katil kami suami isteri mcm jadi tmpat lepak mak mertua dan adik2 suami sy.Sedangkn bila sy baring kat atas katil dgn suami dan sy baru lepas mandi nk pakai baju pun mak mertua takde rasa segan dan taknak keluar bilik. Pernah sy dan suami bergaduh kat dlm bilik masa mak mertua ada kat situ .Mak mertua marahkn sy sbb tinggikan suara kat anak dia,siap backup suami sy tu. Suami sy marahkan sy depan mak dia,Mak dia ok je. Sibuk nak masuk campur urusan kami suami isteri. Kecil hati sy sebagai isteri ,bila suami adalah "anak mak" .Sy sendiri pun tak boleh complain kat suami tentang mak dia,sy akan d persalahkan. Banyak lagi perbuatan mak mertua sy yg sy tak ceritakan. #firstmom #pleasehelp #ingintahu #firstbaby #bantusharing ** Sy tak tahu sama ada ini normal bagi korang ataupun sy je lebih2..