Cucu sulung
Dah 6 tahun kahwin , xde rezeki nak ada anak lagi. Baru ni adik ipar dapat anak, mentua punya sukaa smpai facebook dok canang sukanya sbb dpt cucu sulong..Allah remukknya hatii..

Kuatkan hati.. Semoga Allah selalu permudahkan urusan sis atas kesabaran sis. Usah dihiraukan sgt sikap mertua tu, nanti memakan diri. Biarlah dia mahu bergembira, itu bahagiannya... InsyaAllah ada bahagian kita nanti. Yg penting sis terus istiqamah utk berlapang dada. Apa yg sis boleh ambil pengajaran di sini, kalau kita dikurniakan Allah nanti rezeki yg lebih, kebahagiaan, kelebihan yg baru jgnlah ditunjuk-tunjuk ditayang-tayang, berpada-padalah dlm bergembira agar tiada hati yg terluka. Mgkin Allah nk ajar kita jadi kita hambaNya yg punyai naluri & bertimbang rasa. Sy nak masuk tahun ke-6 juga sis bru direzekikan mgandung. Ujian Allah tu besar hikmahnya dan ada kebaikkannya. Kerana hikmahnya kini kami sarat dgn ilmu pregnancy, ilmu parenting, sudah ada kewangan kukuh utk mnjadi surirumah sepenuh masa, bersalin swasta, ambil pakej berpantang sendiri & InsyaAllah x mnyusahkan kekuarga terutamanya ibu bapa sy lg. Kerana sy bayangkan 6 tahun dahulu klu sy mengandung pasti kami suami isteri tertekan krn masih hidup melarat dgn hidup berpindah randah sbb menyewa, kerja sampai lewat mlm nk bayar itu ini, malah x dpt menyediakan sgla kemudahan... takut2 berhutang budi dgn keluarga utk jaga anak2. Sungguh Allah itu maha baik sis. Dia tahu apa yg terbaik utk sis. Percayalah dgn hikmah ketentuan. Usah bersedih dgn apa org kata, meskipun dari orang-orang yg kita sayang mcm mertua & adik2, mungkin mereka belum mengerti... Yg penting kita perbaiki diri, kuatkan hati sendiri.
Baca lagi