[CRIME ALERT] AWAS LELAKI ‘GHAIRAH’ WANITA HAMIL

[CRIME ALERT] KERATAN AKHBAR PILIHAN: AWAS LELAKI ‘GHAIRAH’ WANITA HAMIL Kuala Lumpur, 9 September 2020 - Jangan terkejut jika gambar anda yang sedang hamil berada dalam laman web lucah atau tersebar di mana-mana saluran media sosial. Ia sebagai 'modal' fantasi seks lelaki 'hidung belang' yang mempunyai penyakit mental dikenali maiesiophilia. Maiesiophilia merupakan kelainan seksual dalam kalangan individu berpenyakit ini yang ghairah melihat ibu hamil kerana dianggap seksi walaupun berpakaian sopan. Jika sebelum ini masyarakat gempar dengan kes pedofilia yang menyasarkan kanak-kanak sebagai simbol seksual penjenayah, kes maiesiophilia juga tidak boleh diambil ringan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima laporan daripada individu yang menjadi mangsa kes tersebut yang boleh mendorong kepada kegiatan jenayah, namun orang ramai perlu berhati-hati dalam berkongsi gambar di media sosial. Sumber: Utusan Malaysia Nota tambahan Hati-hati dengan pertanyaan berkaitan sex dlm app ni,kena tahu batas tentang sesuatu perkara. Utk pengetahuan bagi yg tak tahu, dlm app ni ada Perempuan, ada lelaki,ada isteri,ada suami, ada pervert,ada psycho person, sex Maniac and so on.. Zaman memang moden, tapi tak bermakna boleh bercerita kisah dalam kain secara terbuka. Aib suami isteri jaga elok2. Drp dapat pahala, pelan2 dosa datang menarik..

[CRIME ALERT] AWAS LELAKI ‘GHAIRAH’ WANITA HAMIL
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

#13Dec20  #IbuRA #TAPSupermoms

Post reply image