Pengalaman Mengandung Anak Pertama! Lain macam simptomnya...

Cerita pengalaman mengandung bagi setiap wanita adalah berbeza. Perasan teruja dan risau adalah normal bagi ibu kali pertama menima cahaya mata. Kadang-kadang kita ingat period dah nak datang sebab sakit senggugut tu, lenguh pinggang semua sama je. Tak sangka pula sebenarnya kita sedang hamil. Mari lihat artikel ini tahu simptom-simptom awal kehamilan: https://my.theasianparent.com/cerita-pengalaman-mengandung Bagaimana pengalaman mengandung anak pertama anda? Indah tak? Jom kongsikan bersama di sini!

Pengalaman Mengandung Anak Pertama! Lain macam simptomnya...
7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Tanda awal hamil, saya ingat kesan daripada vaksin C19; badan rasa panas tapi suhu bukan demam, payudara membesar (kan ada khabar siapa kena vaksin pfizer, payudara membesar 😂) , kuat makan dan cepat letih. Hari ke-empat lewat haid, buat upt, +ve. Esok buat lg upt, +ve juga. Petang tu terus ke klinik untuk pengesahan awal kehamilan sebab saya berusia. Alhamdulillah sah hamil 4 minggu ++ dan dinasihati buka pink awal sebab advanced age maternity. Sebelum tu: 1. ada rasa nyut-nyut di bahagian rahim. 😁 2. 3 bulan ada spotting sebelum period. TTC juga 5 tahun. Serious TTC pada tahun ke 4 perkahwinan- kami buat rawatan kesuburan

Baca lagi

pengalaman sy pula dah nak masuk tahun ke4 perkahwinan baru dpt seorang girl, tak expect pregnant sbb period tak teratur. tibe2 je perut sakit lain mcm kalah senggugut biasa tu tp dlm kepala mmg tak jangka pregnant sbb simptom period hmpr sama je kan. last period bln 8, bln 10 baru rasa senggugut teruk tu. first test naik double line tp samar lps tu mcm ada terbaca upt blh naik 2 line walau kena air paip, masa tu percaya jgkla. Masih x puas hati sakit tu masih ada lg tp period tak kunjung tibe. then minta husband beli upt. Mmg btul 2 line. Pegilah klinik utk kepastian. N now my princess dah setahun sudah. alhamdulillah ❤

Baca lagi
TapFluencer

Sy hamil lepas 1bln setengah lepas kawin. Masa awal2 kawin dpt 2x period masatu mmg frust sbb asyik cek upt je kalau dh nak dekat2 period. Tp time dh reda mcm kalau ada ada lah, tk sangka masatu Allah nak bagi. Ingat lagi masatu bln Mei , Ramadhan thn 2019. Bdn rasa lesu mengantuk je. Pastu loya2 dgn bau tumis, tp gagahkan jugak puasa sbb masatu tk tahu lagi dh berisi. Pastu sy try guna cara tarditional cek air kencing guna garam ok masatu sy dh tergerak hati mcm aku pregnant ni. Paginya terus pegi beli clear blue . Alhamdulillah rezeki 1st pregnancy Allah anugerah kan twins boboy

Baca lagi
Post reply image

Bunting pelamin. Terkejut & tak sangka nak pregnant awal. Dpt tahu pun sebab kebetulan haritu pening kepala mcm migraine yg teruk tu, then pegi klinik nak mintak ubat migraine, pastu tiberrr doktor suruh check upt sebelum nak bagi ubat. Sekali betul pregnant 😂. Sebelum dpt tahu, takde rasa alahan pape, lepas dpt tahu tiber tiberrr lah datang segala symptoms pregnant tu 😂 alhamdulillah sekarang dah bersalin dengan selamatnya. Syukurrr rezeki awal 🙏🏻🫶🏻🥰🤲🏻

Baca lagi
2y ago

Haah sis

TapFluencer

Pengalaman saya delay period beberapa hari saya syak mengandung tapi bila check upt samar sangat double line. Banyak kali check tapi saya takut saya hampa. Masa tu demam panas mendadak, hilang selera makan tiba² dan sakit kepala sampai berdiri lama sikit rasa nak pitam. Pergi klinik sah mengandung. Seriously sedih dan terharu. Suami pun speechless sebab memang ttc masa tu.

Baca lagi
TapFluencer

sye nk tau pregnant, bila bau ke mkn ikan je akan muntah 😂 terus jela buat upt. 3kali pregnancy, 3kali simptom sama.

VIP Member

👍🏻