MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Cerita ni akan jadi panjang sangat. Sila beri pandangan dan kata-kata positif. TQ Assalamualaikum.. Period saya pada bulan Mac tak datang. Memang saya dah agak saya pregnant. Tapi sebab nak kan kepastian, saya keluar beli pregnant test di Watsons terdekat pada 18April. Bila test, memang positif pregnant. Rasa teruja sangat dalam masa yang sama macam² saya fikir. Sebab family belum tahu lagi. Orang pertama yang saya bagitahu, mestilah "bf" saya. Pada awalnya dia cepat² ajak untuk berkahwin sebelum 'nampak perut' bagi menutup aib masing-masing. Tapi saya tolak. Bukan tak mahu tapi kami tiada wang simpanan. Sepanjang PKP, kami tidak dapat berkerja & duit simpanan habis digunakan sepanjang PKP. Duit BSH pn kami belum dapat. Permohonan telah dibuat sejak awal April lagi. Tapi sampai sekarang, 4 Mei masih belum ada apa-apa perubahan. Jadi saya membuat keputusan untuk merahsiakan dahulu dari keluarga sehingga habis PKP. Kalau ada duit cash dalam 3-4k lega juga kalau takdir dibuang keluarga :) sekurang-kurangnya dapat tampung untuk sementara Tapi "bf" saya tak berapa setuju. Dia cakap nak berbincang dengan sepupu lelaki dia yang lain. Tiba-tiba dia suruh gugurkan. Siap nak bawak pergi klinik lagi. Dia cakap bukan dia nak gugurkan. Tapi dia fikirkan masa depan nanti. Makin susah sebab kewangan. Macam mana nak beli barang dia nanti? ( Ewah-ewah... Masa sedap tak ingat semua ni? Dah jadi baru menggelabah? ) Jadi saya cuba slowtalk, tu bukan cara yang betul. Ada orang kawin 5-6 tahun tak dapat anak lagi. Kita dah "berzina" ditakdirkan Tuhan bagi anak, kita nak gugurkan? Anak tu rezeki. Kita gugurkan, dah macam kita tolak rezeki Tuhan bagi. Mesej ni pada waktu malam sebelum saya tidur. Dia baca dan bluetick je. Mungkin ambik masa untuk berfikir. Alhamdulillah esoknya dia cakap jangan gugurkan. Betul la tu. Anak ni rezeki kalau kawin nanti lgi banyak rezeki. Rezeki lepas kawin & rezeki dari anak. Dia pun setuju untuk merahsiakan dahulu dari keluarga. InsyaAllah habis PKP ni kami akan jujur kepada keluarga & berkahwin untuk mengHalalkn hubungan. Anak ni tak berdosa. Yang berdosa tu kami. Kami nak tebus dosa ni dengan menjaga anak ni sebaik mungkin. Sekarang dah pregnant 9weeks ? Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami. Doakan kandungan ini sihat. Doakan kami sentiasa tabah dengan apa jua dugaan yang akan datang. Kami hanya makhluk Tuhan yang berdosa. Maafkan kami

MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
60 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

aamiin. saya doakan awak dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan sepanjang mengandung dan melahirkan. anak itu amanah Tuhan. jangan sia sia kan.

Ya..betul tu x semua org kahwin2 terus dpt anak..jd jagalah kandungan elok2..moga dipermudahkan urusan adik n bf nnt..trus terang lebih baik..

VIP Member

Semoga di permudahkan segala urusan,semoga awak kuat & tabah..n terima kasih sbb tk gugurkan bayi tu..betol bayi tu tak bersalah ❤️

Jangan perna fikir untuk gugurkan yA . Anak tu xsalah . Ramai lg yg menanti zuriatt d luar sanaa . Smoga kmu tabah & baik2 saja ya :)

Hope urusan akk Allah permudah kan dan hope Allah buka haty family akk untuk menerima ap jha yg jdi kat atas akk

lebih baik kawin cepat... pikir jugak masa depan ank tu esok... pasal duit jgn risau rezeki dia Allah dh tetap kn...

Alhamdulillah sis pertahankan & gembira dgn bakal BBY nnti...insyAllah dipermudahkan untuk sis berkahwin nnti

Aamin..tabah Dan kuat yea.. InshaAllah semoga kalian berdua dilimpahi rezeki dn dipermudahkan urusan kelak..aamiin

Alhamdullillah, ada hikmah disebaliknya. Tahniah buat sis dn suami. Semoga kekal hingga ke Jannah. Aamiin

VIP Member

Dah 23 minggu sekarangkan. Tahniah atas keputusan nak jaga baby. Semoga dipermudahkan urusan.