CARA HILANGKAN SAKIT BELAKANG
Cara nak hilangkan sakit belakang untuk ibu mengandung Sakit Pinggang Dan Belakang - (Source: Dr Hamid Arshat) ※ Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. ※ Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. ※ Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. ※ Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. ※ Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin. ================================================== Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang - (Source: Kak Engku Bidan Bersalin) Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah Sakit belakang dan pinggang : ※ Melakukan Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut. ※ Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai dengan mengelakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. ※ Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat. ※ Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul dengan meletakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung. ※ Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas. ※ Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang. ※ Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan. ※ Elakkan berdiri terlalu lama. ※ Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang. ================================================ Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden) ※ Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar. ※ Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. ※ Mengikut kajian,wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta ※ Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda.. . .