5 Khasiat Avocado Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Cuba Selitkan Ia Dalam Makanan Si Kecil Begini!

Buah avocado sering menjadi pilihan ramai ibu bapa kerana ia memiliki manfaat kesihatan yang bagus untuk anak. Atas sebab itu, Taste Australia mempromosikan avocado yang unik, segar dan rasa yang manis sepanjang tahun ini. Kempen yang dijalankan oleh Taste Australia ini bertujuan memberikan lebih banyak inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya membuat pilihan makanan yang lebih sihat khususnya buat anak-anak. Untuk itu, apakah khasiat buah avocado pada anak? Jom kita teliti keseluruhannya dalam artikel ini. 5 Manfaat Buah Avocado Pada Anak #1. Mendukung pertumbuhan bayi Avocado memiliki Vitamin dan Mineral seperti Vitamin C, Vitamin A, Vitamin K, Vitamin E, folat, Vitamin B-6, Niacin, thiamin, magnesium dan lain-lain yang sangat penting untuk membantu pertumbuhan bayi bermula seawal umur enam bulan. #2. Menghindari radikal bebas dalam tubuh Antioksidan yang terkandung dalam avocado dapat melawan kerosakan yang dilakukan radikal bebas kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada sel dalam tubuh. Jadi dengan makan avocado, ia dapat menghindarinya. #3. Melindungi organ hati Makan avocado yang teratur dapat melindungi dari kerosakan hati yang berkaitan dengan penyakit kuning dan hepatitis. Namun, jika bayi sedang mengalami salah satu penyakit ini hindari memberi avocado kepada mereka kerana ia lebih memburukkan keadaan. Tapi, ibu boleh berikan pada si kecil setelah mereka sembuh dari penyakit tersebut. #4. Mengawal keradangan Menurut kajian yang dilakukan, buah avocado boleh mengurangkan keradangan yang berlaku pada kulit bayi. #5. Bantu penyembuhan luka lebih cepat Selain merawat keradangan, avocado juga dapat membantu sembuhkan luka dengan lebih cepat. Jadi jika si kecil mengalami luka-luka ringan, ibu boleh memberikan mereka makan avocado berbanding terlalu kerap memberi mereka ubat. Nota: - Ibu boleh mula perkenalkan buah avocado pada bayi seawal umur enam hingga lapan bulan. - Pilih buah avocado yang sudah masak dan lembut isinya supaya mudah disediakan pada si kecil. - Ibu boleh campurkan puri avocado bersama susu badan atau susu formula sebelum diberi pada anak. - Boleh campurkan puri avocado bersama puri buah-buahan yang lain seperti pisang atau epal. Semoga bermanfaat.

5 Khasiat Avocado Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Cuba Selitkan Ia Dalam Makanan Si Kecil Begini!
14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Byk khasiat. Sygnye anak xsuka buah ni, beriya ibu blend dgn yogurt tau 🤦‍♀😭

5y ago

Baby sis umur berapa & guna yogurt apa?

Mcm mane tau buah tu dah masak ke belum..dulu ada beli tapi keras.lagi muda.

5y ago

Yg masak warna brown gelap.

VIP Member

Avocado senang nak buat, cedok je siap. Boleh beli ni. 🥑

Campur avocado dgn bubur kosong boleh x ?? Ank dlm 6m 5hari

5y ago

Bubur kosong dh lepas. Skrg tgh buat bubur labu. Lepasni igt nk buat avocado hehe. Ohh kna buat puree test dlu ke sis. Klau buat trus bbur kosong + avocado blh x ? Maksud sy try dedua trus xbuat satu satu dh

buah avocao banyak khasiat..

VIP Member

anak saya makan avocado jd sembelit...

VIP Member

Anak sy pun suka makan avocado ni.

VIP Member

Sedapnya nampak gebu sungguh!

Super Mum

Memang best....👍sooodap

nice info...