Salam, ada tak yang pengalaman pregnant tapi period dan perna buat TVS lepas tu gugur ??
Boleh share pengalaman anda

cuba baca apa yg doctor imelda balchin pakar o&g ni share dkt fb dia. Tidak ada kehamilan yang ajaib. Anda tu bukan Mariam, ibu Nabi Isa. Hanya Mariam saja ada kehamilan yang ajaib. Tidak ada orang lain yang ada kehamilan yang ajaib. Sudah banyak kali saya pesan perubatan moden tidak bercanggah dengan Islam. Tidak ada kehamilan yang ajaib kecuali kehamilan Mariam, ibu kepada Isa. It all comes down to education. Sudah ramai patients saya yang kata, eh saya tak try pun nak conceive, terkejut bila hamil. It all comes down to education. Tak kan lah you tak tau if you have sex with your husband, you boleh pregnant? You belum menopos kan. Selagi belum menopos, selagi you are having sex, you boleh pregnant. Tak kan tak tahu ini. Jika anda sudah ikat BTL sekalipun, ini bukan 100% effective. 5 di dalam 1000 wanita yang sudah buat ikat BTL boleh mengandung. Ini Fakta yang saya beritahu semua ibu yang saya buat BTL. Jika period tak datang seperti biasa, buatlah pregnancy test. Jika pregnancy test positive, please come for early ultrasound scan untuk memastikan ini bukan kehamilan di luar rahim atau ectopic pregnancy. Jadi, jika anda ada ilmu pengetahuan, anda akan tahu, jika anda hamil selepas dah buat ikat BTL pun, ini bukan kehamilan yang ajaib. Seorang patient saya hamil tetapi dia tak tahu pun dia hamil. Dia datang sebab sangka ada fibroid membesar, dia sangka pergerakan yang dia rasa di dalam tu hanya angin dan dia sangka ada masalah gastric yang tidak selesa, dia sangka dia tak datang period sebab sudah menopos. Eh HELLO, hang baru umur 39 tahun, apasal hang sangka menopos pulak? Nasihat saya sebagai pakar gynae ialah jangan cuba buat diagnosis sendiri. Jika haid anda tidak datang 3 bulan, buat lah pregnancy test dan jika ini negative, minta rujukan berjumpa doktor gynae untuk siasatan kenapa haid tak datang. Bukan pi beli produk lancarkan haid dari penjual yang gelar diri sendiri bidan tetapi tiada pendaftaran perbidanan, bukan pi beli ubat turun darah. Ada beberapa jenis masalah perubatan yang boleh menghentikan haid termasuklah masalah hormon PCOS, hormon thyroid, hormon cortisol, hormon prolactin dan ketumbuhan di dalam otak. Dengan sebab anda prihatin kepada diri sendiri, anda akan berjumpa doktor awal dan tahu juga jika anda hamil. Nasihat saya sebagai pakar gynae ialah jangan cuba buat diagnosis sendiri. Jika anda ada haid seperti biasa dan anda perasan perut anda menjadi kembung, dan anda rasa ini bukan obesiti, minta ultrasound scan untuk memastikan ini bukan ovarian cancer. Dengan sebab anda prihatin kepada diri sendiri, anda akan berjumpa doktor awal dan tahu juga jika anda hamil. Sudah ada beberapa orang patient saya yang hamil sehingga trimester ketiga tetapi dia tak tahu pun dia hamil. Mereka ini abaikan kesihatan mereka sebab memang pun ada obesiti. Jadi bila perut semakin membesar, orang di sekeliling mereka pun tak perasan. Mereka memang pun pakai baju besar dan sangka mereka bertambah gemuk. Sebab mereka memang abaikan kesihatan, mereka tak kisah pun mereka bertambah gemuk dan sangka haid tak datang sebab ada PCOS. Seorang dari mereka TTC 10 tahun mencuba untuk hamil tetapi dah give up dan tak percaya dirinya hamil. Dia sangka perutnya membesar sebab dia semakin gemuk dan biarkan saja. Tak fikir pun kenapa boleh tiba-tiba jadi gemuk sedangkan makan seperti biasa dan tak minta check up dengan doktor. Bila ada pendarahan dia sangka ini haid, tetapi ini bukan haid. Jika anda hamil dan ada pendarahan, ini bukan haid, ini ialah pendarahan abnormal. Sepatutnya datang ke emergency, tetapi sebab beliau sangka ini hanya haid, tidak datang sehingga beliau terlalu sakit dan pendarahan yang banyak. Bila beliau sampai ke jabatan emergency, doktor emergency tengok perut dia sekali imbas saja sudah tahu beliau hamil, dan hantar beliau kepada saya di labour ward dengan segera. Bila sampai kat saya, saya terus buat scan dengan segera. Saya dapati janin di dalam kandungan sudah tenat dan terminal, dengan degupan jantung hanya 40 seminit. Saya terus kata, blood pressure anda sangat tinggi, uri placenta sudah tanggal dari dinding rahim, ini ialah placental abruption, kita mesti buat pembedahan Caesarean yang segera untuk menyelamatkan anak ini. Di dalam masa 5 minit saja kami sudah buat Crash Caesarean Section untuk anak pramatang 33 minggu tetapi malangnya anak ini meninggal dunia. Kami terlambat. Ramai patient saya yang lain tidak tahu mereka hamil sebab masih menyusukan bayi dan haid tidak teratur. Tetapi ramai juga yang tak tahu hamil sebab tidak perasan haid tak datang sebab tidak prihatin dan abaikan kesihatan diri. Tak ingat lah last period tu bila, dah beberapa bulan kot. Ada beberapa patient saya ada bleeding semasa hamil, ini bukan haid. Pendarahan ini boleh berlaku jika ada pendarahan dari placenta, atau dari pangkal rahim terutamanya jika ada polyp dan jika ada infection. Ini bukan haid. Seorang patient saya datang ke jabatan kecemasan sebab keluar air ketuban. Beliau tak tahu pun beliau hamil. Sekali tengok saja abdomen, doktor tahu beliau hamil. Memang banyak sangat abaikan kesihatan sebab biarkan berat badan naik, tak prihatin kenapa perut membesar, tak tahu pun ada penyakit kronik hypertension dan type 2 diabetes. Beliau pecah air ketuban dan kehilangan bayi pramatang 24 minggu sebab diabetes yang tidak dikawal. Sekarang beliau hamil semula. Kali ini selepas kaunseling dari saya pandai ambil insulin dan datang jumpa saya setiap 2 minggu. Kali ini saya nak pastikan beliau prihatin kepada pergerakan bayi. Ada ibu hamil yang kita tak perlu ajar pun kira pergerakan sebab memang prihatin, tetapi ada ibu yang kita perlu ajar ambil perhatian kepada janin di dalam kandungan. Insyallah kali ini, ibu dan saya berusaha bersama-sama untuk anak yang matang dan sihat. Tidak ada kehamilan yang ajaib. Anda mesti prihatin kepada perubahan badan anda sendiri dan datang berjumpa doktor jika anda perasan ada perubahan. Kadangkala ini bukan kehamilan. Kalau kehamilan, anda bernasib baik. Kadangkala kita jumpa fibroid atau ovarian cancer. Jadi, jangan abaikan diri anda. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Saya Tak Benarkan admin dan wartawan mana-mana majalah media ambil apa-apa copy paste dari laman saya. Tekan butang share supaya readers masuk ke sini dan baca direct dari laman saya sendiri supaya TIADA EDIT dari mereka dan TIADA salah faham tentang isu kesihatan. Ingat, jangan benarkan makcik bawang buat diagnosis atau beri pendapat perubatan, pi jumpa doktor di klinik. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology.
Baca laginormal pregnancy xberlaku spotting/bleeding ataupon period awak. perkara yang awak sangka period adalah normal smasa pregnancy.. sy rasa bukan disebabkan tvs scan tu punca awak gugur.. sbb sy pernah je 1st pregnancy berlaku spotting diawal kehamilan. hari 1st berlaku tu direct pergi klinik doctor klinik pon ada buat tvs scan dan klinik terus buat surat ke hospital utk checkup susulan. dkt hospital doctor mmg buat tvs scn utk tgok condition baby. bila tvs scan doctor kata kehamilan masih diperingkat awal dan suruh sy pantau. incase berlaku heavy bleeding. alhamdulillah sekarang baby dah setahun 6bulan. dah nk jadi abg.
Baca lagiBrapa hari sis mengalami spoting. Semasa kehamilan



