Pemakanan moms masa fully bf
Boleh share moms jaga makan mcm mana if fully bf baby? Saya first time mom. Skrg day 11 pantang. Saya terfikir lepas hbs pantang nanti apa lgi yg saya x boleh makan or minum kalau nak jaga perut baby? Coffee, benda pedas2 tu semua saya tak boleh makan dah ke 😭

Lepas habis pantang tu pun tetap kena jaga makan. Sebab apa yg ibu makan akan masuk dalam perut baby melalui susu ibu itu. Contohnya if kita niat nak fully breastfeed selama 2 tahun, maka selama tempoh tulah kena jaga makan dan minum supaya baby tak meragam/menangis/sakit perut/tak selesa. Usus baby masih baru (belum kuat) lagi untuk cerna zat (jenis) makanan macam orang dewasa. Setakat ni saya cuma elakkan makan makanan yang pedas, bersantan dan berangin (ubi kayu, petai, pucuk2, cempedak, nangka, rebung& lain²), coffee/teh, berminyak (kurang-kurangkan), jajan/keropok, fast food, prosses food & air sejuk. Makanan mmg setiap hari ikut suku² separuh tu. (suku-karbohidrat, suku-protein, separuh-sayur&buah). Banyakkan makan ikan, kekacang, epal, oren. Saya kurangkan makan makanan luar, lebih banyak masak sendiri dekat rumah. Sebab makan beli2 ni kita tak tahu bahan apa dia letak dalam tu. Saya pun tak ikut pantang orang tua sangat, cuma ikut jaga makan tu je. Macam sayur tu kena makan yg masak betul, elakkan yg mentah²/separuh masak. Minum cukup air. Asalkan benda tu mmg berkhasiat dan diperlukan tubuh badan. InsyaAllah okay. Kalau teringin sangat just makan sikit je & try in error tengok perut baby okay ke tak.As coffee lover, kalau teringin sangat minum kopi saya gantikan dengan minuman koko/susu. Kalau saya nak makan makanan macam hati ayam/daging/benda² pedas dalam kuantiti yg sikit saiz macam 1 sudu kecil je. Buat raso². Pernah saya makan banyak benda tu baby jadi panas berpeluh² & menangis, minum susu badan pun dia tak nak. Itu yg sekarang makan berpada². Setakat ni baby tidur elok je. Normal bila dah masuk usia 1 bulan lebih baby mula aktif bangun waktu siang.Malam pun dia bangun minta susu, lepas tu tidur balik. Memang kena berkorban dan bertahan tengok orang makan sedap² tapi semua ni bagus juga demi kesihatan kita sebagai ibu sbb amalkan eat clean dan bersederhana ni boleh turunkan berat badan sekali.🤭
Baca lagiTry & error. So far dlm pantang je saya avoid caffein & makanan pedas. Lepas pantang saya bedal semua & baby ok je. Yg penting saya mmg suka makan sayur hijau & buah. Air pun kena minum banyak hari2. Saya after 3m dah naik kerja so teruskan routine minum caffeine mcm biasa, mkn fast food & spicy food. Food hunting dgn happynya takde pantang dah & anak okay je takde meragam malam2. Hari2 saya sleeping beauty & fully bf sampai anak setahun lebih tu pun saya sendiri yg purposely nk wean off sbb kerja. Berat anak pun cantik je.
Baca lagikena try n error..kekdg kalau bby full bf ni... akan alami kembung jika maknya ada terslh mkn..mknn yg blh sbbkn berangin..kekdg ada org xcy..tp kalau doc lama yg dh veteran dia siap pesan kena jg pemakanan..haritu sy ada tgk ada patient tu share doc pakar dkt ada satu hsptl tu share ttg mknn apa angin dan blh sbbkn bby kembung byk dia huraikan...tp sy lupa nk save linknya dkt telegram as copy tuk share dgn mommy2 dkt TAP ni .nnti kalau jumpa sy share.. mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin
Baca lagiKalau takut baby kembung,tuam perut baby + senaman sambil bubuh minyak,kaki & perut. kerapkan bgi pakai minyak lepas tukar Pampers. Saya lepas hari 16, saya dah makan pedas,hot coklat😅 pedas biasa ja,bukan pedas terangkat cungap mulut😅 Try error dulu juga. Daging ayam,lembu & kambing dah try juga dlm qty sekit tapi kerap. Setakat laa ok. cumanya time mkn kambing kena buka baju, cuma bgi pakai barut ja sbb rasa belkng baby panas,mandi berpeluh 😅
Baca lagisy pantang mknn/buahan/sayur yg berangin, pedas n mknn yg bila sy mkn sy tgk baby meragam mlm tu. mknn pedas lps bersalin sy auto cirit.. ngan baby pon turut cirit, terus sy xmkn. mknn yg buatkn baby sy kembung pulak kari.. ntah la bila mkn kari, mlm tu baby sy meragam, sakit perut... so sy xmkn dah kari 🥺 cofee ke tea tu sy minum juga sikit2 wat hilang rasa teringin tu..
Baca lagiBaby awk ada g6pd ke? Kalau takde masalah kt baby atau allergy, makan lah apa awk nak makan. Kalau tak cuba tak tau kan? Kalau sebelum ni awk takde masalah kesihatan, blh la try makan sikit2. I dulu takde pantang mcm org dulu2. I makan sihat je (gdm on diet) so sis, makan jer ☺️
baby normal sihat elok ke ada sakit or kekurangan apa2 yg kena elak mkn apa2? kalau takde then makan la apa2 pun.. kopi sy fully bf pn amek je anak ok je. sy kurangkan je dr 3 4 gelas sehari jd bila rasa nk je sbb sy yg jd susah tidur walau dulu tgh minum pn boleh tidur
asalnya sy pon pikir mcm puan, tp lps tgk baby menangis sedih sgt sbb perut kembung, sy mmg relakan diri teruskan pantang dr mknan2 yg berangin n yg baby alah ni walaupon dah habis tempoh pantang... klu nk makan/minum jugak sy cuba sikit je.. buat rasa2..
Saya cut fast food, processed food, junk food. Tu je. Kiranya eat healthy, clean and balanced diet. Pantang yang orang tua2 tu saya tak ikut. Saya ikut advice doktor je.
boleh jaa puan amik senua tu..tp berpada2 la..kalo amik tp perut baby kembong memanjang better elakkan..sbb nk jaga baby nangis sakit perut ni mmg menekan emosi ibuu