upt positive but belom kahwin

hi , saya belom berkahwin dan masih remaja , saya rasa menyesal dengan perbuatan saya .. mungkin ni balasan dari- Nya .. saya dah preg 4bulan , lelaki tu tahu dan suruh saya gugurkan .. dia tak kisah pasal kosnya , dia nak tanggung kos gugur tu .. tapi saya taknak , saya sayang kandungan ni .. setiap hari dia racun otak saya untuk saya ikot kehendak dia .. katanya dia takut family dia dan family saya takboleh terima dan dia tak bersedia untuk menjadi seorang bapa .. dan dia selalu cakap dekat saya , yang dia tu nak masuk gov untuk kejar cita cita dia , “kalau saya tak gugurkann mcm mana dengan masa depan dia ?” saya pun nak sambung belajar semula tapi saya sayang kandungan ni dan taktahu macam mana kadang kadang saya termakan dengan kata kata dia untuk gugurkan demi masa depan kami berdua , tapi taktahulah saya buntu .. setiap kali dia bercakap pasal gugur mesti saya akan menangis .. bila saya taknak gugurkan , dia cakap saya ikot tekak saya , saya selfish tak fikir anak ni lahir as anak luar nikah .. takfikir apa yang akan kena dekat dia .. saya sedih sangatt , kadang saya rasa nak bunuh diri .. saya tahu saya bodoh sangat sbb masih rasa kesian dekat si dia lepas apa yang jadi , pada mula saya ingt dia akan bertanggungjawab ..sbb dia selalu layan karenah mengidam saya .. teman saya checkup dn sebagainya .. tapi kenapa dia still minta saya untuk gugurkan ? saya sedih sangat , saya selalu pujuk dia untuk sama sama hadap apa yg akan jadi , but result dia still sama .. dia still dengan keputusan dia ! apa patut saya buat 😔?? saya cuma minta nasihat yang baik dari akak nd ibu ibu kat luar sana , saya tau ramai yang pernah berada dalam situasi saya .. saya dah buka buku pink , doktor suruh saya jaga emosi saya , sbb saya selalu stress .. saya tiada siapa , cuma minta pandangan nasihat yang positive dari anda semua ! terima kasih 😊 #pleasehelp #Needadvice #jangankecam #insanlemah

54 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kau pun buat aku emosi. baby tu dh 4bln dh. dah sempurna cukup sifat. main nak lps mengandung bru fikir fmly. benak. kalau ko syg baby tu ko jaga jela. jntn mcmtu mmg tkguna. bebal. angkat kaki blah. makpak mana je tk mrh kalau buat prgai cmtu. tp dr ko nk gugurkan anak yg dh ckup sifat tu. baik ko gugurkan jantan tu dr hdp ko

Baca lagi

dah buat dosa tu jangan la tambahkan lagi dosa bunuh bayi dalam kandungan tu dia tk tahu pape yg dia tahu dia dipilih untuk menjadi anak kamu . jaga jela dengn penuh kasih sayang 🫰🏻dah ada detak jantung 💗 jangan lupa bagi tahu keluarga ye ape ape pon keluarga jela penyelamat kita lagi lagi mak kita .

Baca lagi

hi awak. saya pun mengalami situation sama mcm awak. now dah week 16. mmg struggle tp sumpah, as a mummy, awak kena kuat. saya pun tak sabar nak tunggu due bulan 7 ni. saya tak inform family sebab jauh dr dorang. if you need support, im ready to help you. dont worry ok. jgn buang baby. dorang tak salah. kita yg salah.

Baca lagi

saya pn alami yg sama.. sekarang da masuk 7 bulan kandungan. cume nye si lelaki nk bertanggungjawab. belah dia da siap submit borang2 nikah. tinggal part sy je belum sumbit. sebab mak sy suruh masuk baitul solehah n lepas kn bersalin dulu baru nikah. tapi sy kalau bole tak nak masuk baitul solehah tu... .. ☹️

Baca lagi
9mo ago

sokay dear , awak cuba pujuk nd doa lagi semoga mak awak diberi kelembutan hati untuk semua tu

jika dy ckp awak selfish he is more than that.. dy lebih2 xfikirkan anak dan diri awak.. ap yg dy dh buat dh terang2 salah berbanding ap yg awak nak buat.. buatlah ap yg awak rsa terbaik untuk awk dan ank.. xperlu dngr kta org lain.. hnya diri awk sndiri saja yg mmpu bela awk dan anak..

Rasa touched dengan setiap replies kat sini. You gais are so supportive, so many kind words. Semua baik baik. For anon, baca the replies and sentiasa be positive okay. Nothing much to say, but everything will be okay for you. Trust the process. Virtual hugs for you ❤️

10mo ago

kita support sgt org yg sygkan diri sendiri nak support diri sendiri. dosa semua org buat dosa, beza dia nak teruskan buat dosa ke or nak taubat jgn ulang dosa sama walau sekecil mana dosa tu

Jangan tambah dosa yang dah ada dik . Anak tu tak berdosa . Jaga lah kandungan baik baik , biarkan dia lahir dengan sempurna . Parents pun penting untuk tahu semua perkara ni , bincang lah elok elok dengan mereka . Awak kena pandang depan dan terus kuat ya

adik bagitau je dkt family .mak ayah adik perlu tahu benda ni . jgn gugurkan anak tu nnti lepas adik kawen akak tkut ssah nk lekat plak nnti(kirafah) .. masa tu nk nyesal xde guna dah akak doakan moga Allah SWT permudahkan segala urusan adik ya .aamin .

y paling penting skrg bgth family,mula2 mmg Dy org akan kecewa.tp y slh awk bkn bby, alhamdulillah awk xgugurkan.sbb y slh kita bkn bby,tgok dari situ awk akan tahu laki tu mmg xbagus.sbb paksa awk gugurkan,dah sedap lps tu lepas tgn...

10mo ago

Tarik nafas dalam2 . Bertenang cik puan. Maaf cakap, lelaki tu torture awak. Rimas kan? Sakit kan? Jadi, untuk tak rimaskan diri awak, bertenang lah dgn bye bye kepada lelaki itu. Dia nak gugur kan kat mana? Tahu tak etika perubatan yg sah tak boleh gugurkan kandungan sewenangnya? Cukup! Cukup dgn kesilapan yg awak dah buat. Sayangi diri dgn menyantuni keluarga awak. Minta maaf dan jujur dgn keluarga awak yg melahirkan dan membesarkan awak. Teruskan kandungan tu dan jaga anak tu baik2. Bila lapang/ anak dah boleh hantar pengasuh/ keluarga yg sudi jaga, sambung belajar balik. Perbaiki akhlak dan didik anak supaya anak tak ikut kesilapan yg sama dan perangai lelaki tu. Take a good care