selepas bersalin

betul ke klu dah bersalin x boleh minum sejuk2? even dah berbulan bulan dah lalu? nak dkt setahun?

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Fakta atau Mitos? Soalan: "Prof Imelda, betul ke ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan bayi tak boleh minum air sejuk atau air berais, nanti bayi dapat selsema?" Jawapan: Ini ialah MITOS Mai nak habaq. KENAPA BAYI DAPAT SELSEMA? Bayi mendapat selsema sebab jangkitan virus di hidung dan kerongkong bayi, bukan sebab ibunya minum air sejuk atau air ais. BAGAIMANA VIRUS BERJANGKIT KEPADA BAYI? Ini ialah melalui: A) Sentuhan, dari tangan orang lain yang ada virus kepada mata, hidung atau mulut bayi atau ciuman, dari orang lain yang ada virus kepada bayi. B)Udara, bila orang lain yang ada virus itu batuk atau bersin ke arah bayi. C) Permainan, yang disentuh oleh orang yang membawa virus, dan kemudian diambil oleh bayi dan dimasukkan ke dalam mulutnya. JIKA IBU MINUM AIR BERAIS, ADAKAH SUSU IBU MENJADI SEJUK? Jawapannya ialah tidak. Susu ibu yang keluar dari payudara ibu sentiasa panas. Suhu susu ibu adalah sama panas seperti suhu darah ibu sebab manusia ialah mamalia berdarah panas. Tidak kiralah ibu minum air panas atau air sejuk, susu yang ibu buat untuk bayinya tetap panas juga. Bayi akan sentiasa mendapat susu panas bila menyusu terus dari payudara ibu. APA BERLAKU KEPADA AIR AIS YANG DIMINUM? Manusia ialah mamalia berdarah panas. Suhu badan manusia telah ditetapkan di antara 36.5-37.5 C. Badan manusia akan sentiasa menjanakan haba untuk menetapkan suhu badan yang sama. Bila ibu minum air ais, air ais ini akan menyentuh permukaan panas di dalam mulut, lidah, kerongkong dan di dalam perut manusia yang panas. Bila apa-apa yang sejulk bertemu dengan apa-apa yang panas, tenaga haba akan bergerak dari permukaan panas ke arah sejuk sehingga suhu kedua-duanya menjadi seimbang. Jadi, di dalam masa 5 minit saja, haba dari permukaan badan yang panas akan memanaskan air sejuk yang diminum sehingga menjadi suhu yang sama dengan suhu badan manusia. ADAKAH AIR AIS YANG IBU MINUM TERUS MASUK KE DALAM PAYUDARA IBU? Apa yang ibu minum tidak boleh terus masuk ke dalam payudara ibu. Apa yang ibu minum akan masuk ke dalam perut ibu. Apa yang masuk ke dalam perut ibu akan menjadi suhu badan ibu dalam masa beberapa minit saja. Dari perut, makanan dan minuman dihadamkan dulu sebelum diresap ke dalam saluran darah kecil yang mengelilingi perut dan usus ibu. Khasiat di dalam susu yang dibuat oleh kilang susu di dalam payudara ibu, datangnya dari darah ibu yang ditapis dan diproses oleh kilang susu untuk menjadi susu. BAGAIMANAKAH NAK MENCEGAH BAYI DARI DAPAT SELSEMA? A) Jangan benarkan orang beramai-ramai datang melawat bayi yang baru lahir, terutama sekali jika orang lain ada selsema 😎 Jangan benarkan orang lain cium bayi. C) Bersihkan tangan selalu, terutamanya sebelum pegang bayi. D) Jika batuk dan bersin, jangan batuk atau bersin ke arah muka bayi. E) Bersihkan permainan bayi. JIKA IBU DAPAT SELSEMA, BOLEH KAH IBU MENERUSKAN PENYUSUAN BAYI? Jika bayi dapat selsema, apa yang terbaik untuk menyembuhkan bayi ialah melalui penyusuan ibu. Jika bayi ada selsema, ini bermakna bayi ada jangkitan virus. Virus itu terjangkit dari orang di sekeliling bayi itu yang membawa virus itu, bukan dari air sejuk atau air ais yang ibu minum. Sudah tentu ibu pun dah terjangkit virus yang sama dengan virus yang bayi ada, sebab ibu lah paling dekat dengan bayi, maka badan ibu akan membuat antibody melawan jangkitan virus yang menyebabkan selsema itu. Antibody dari darah ibu akan masuk ke dalam susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Bayi akan mendapat perlindungan dari ibu melalui susu ibu. Jangan salahkan ibu dan jangan kecam ibu yang menyusukan bayi. Hakikatnya ialah ibu lah yang memberi perlindungan kepada bayi. . KENAPA BAYI DAN ANAK-ANAK KECIL LEBIH SENANG NAK DAPAT SELSEMA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ORANG DEWASA? Bayi dan anak-anak kecil sangat senang dijangkiti virus yang menyebabkan selsema sebab mereka tidak pernah ada immuniti untuk badannya melawan jangkitan virus ini. Tidak kira lah apa ibu makan atau minum dan tidak kira lah suhu air yang ibu minum, bayi akan senang dapat selsema juga. Sekali bayi dapat selsema, badan bayi akan membuat antibody melawan virus ini dan boleh sembuh sendiri tanpa ubat. Selepas sembuh, bayi ini tidak akan dapat selsema lagi sekali dari virus yang sama sebab badannya sudah pandai melawan virus ini. Tetapi, ada lebih dari 100 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema, sebab inilah bayi dan kanak-kanak kecil boleh dapat selsema berkali-kali dalam setahun dari beberapa jenis virus yang berlainan. Virus yang paling kerap sekali menyebabkan selsema ialah Rhinovirus. Jika dah banyak kali mendapat selsema semasa kita kecil, bila sudah besar kita sudah immune kepada banyak virus ini dan hanya akan dapat selsema bila dewasa sekiranya dijangkiti oleh virus lain yang kita tak pernah kena jangkit bila kita kecil. Sebab inilah semakin dewasa, semakin kurang masalah selsema kepada orang dewasa bila dibandingkan dengan anak-anak kecil. APAKAH SIMTOM ATAU GEJALA SELSEMA YANG BAYI BOLEH DAPAT? Jangkitan virus itu boleh menyebabkan gejala hidung berhingus, hidung tersumbat, batuk, bersin, demam, lebih banyak menangis, lebih susah tidur dan susah nak hisap susu sebab hidung yang tersumbat. PERLUKAH AMBIL UBAT KALAU BAYI DAPAT SELSEMA? Bayi boleh sembuh dari selsema tanpa ubat tetapi kita hanya perlu membantu menurunkan suhu badan yang terlalu tinggi jika demam, bantu mengurangkan masalah hidung tersumbat untuk pernafasan yang lebih selesa. Kalau tak demam dan tiada masalah pernafasan, maka tak perlu apa-apa ubat. Teruskanlah penyusuan dengan susu ibu yang memberi bayi perlindungan supaya lebih cepat sembuh. BILA NAK BAWA BAYI JUMPA DOKTOR? Bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor sekiranya demam, susah bernafas, ada hingus berwarna hijau, menangis dan tidak mahu minum susu, sentiasa batuk, batuk sehingga muntah. SEKIRANYA ANDA DAPAT SELSEMA, KENAPA TIDAK DIGALAKKAN MINUM AIR SEJUK SEHINGGA DAH SEMBUH DARI SELSEMA? Sebab bila kita sudah dapat selsema, sel-sel interferon dalam badan kita akan melawan virus di dalam badan. Sel-sel badan kita berfungsi dengan lebih sempurna melawan penyakit bila badan kita lebih panas. Jadi kalau dah dapat selsema, kita boleh membantu badan kita sembuh dengan lebih cepat dengan minum dan makan yang suam supaya badan kita tak perlu menjanakan lebih haba untuk memanaskan air minuman yang sejuk. Tetapi jika kita tiada selsema, kita tak boleh dapat selsema melalui minum air sejuk atau air ais, maka kita boleh minum air sejuk atau air ais. SEKIRANYA BAYI YANG MENYUSU SUSU IBU DAPAT SELSEMA, BOLEHKAH IBU MINUM AIR SEJUK ATAU AIR AIS? Jawapannya boleh. Walaupun ibu minum air sejuk atau air ais, suhu susu ibu sentiasa panas. KENAPA ADA ORANG BOLEH DAPAT BATUK-BATUK BILA MINUM AIR SEJUK WALAUPUN TAK ADA SELSEMA? Jawapannya ialah jika anda ada lebih kecenderungan untuk mendapat asthma, anda akan lebih senang terbatuk bila minum air sejuk, sebab tindakbalas badan anda ialah kekejangan saluran pernafasan yang dinamakan bronchospasm. Jika anda tiada masalah ini, maka tiada masalah minum air berais. Jika anda ada masalah ini, anda akan dengan sendirinya akan rasa tak selesa minum air sejuk dan lebih suka memilih minum air suam. Kesimpulannya: Kalau ibu nak minum air ais atau air sejuk semasa ibu hamil atau semasa menyusukan bayi, ini tidak memudaratkan kesihatan bayi. Ikut suka ibulah kalau nak minum air sejuk atau air suam atau air panas. Yang penting, orang di sekeliling ibu dan bayi janganlah merokok jika pentingkan kesihatan ibu dan kesihatan bayi. Jika anda risau tentang kesihatan bayi anda, sila bawa bayi berjumpa dengan doktor. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi

boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g sendiri Berhentilah buat fitnah kepada air sejuk. Janganlah menyebarkan nasihat mengarut macam ini melalui WhatsApp. Apa anda perlu tahu tentang strok haba ialah sebabnya ia berlaku bukanlah kerana minum air sejuk. Sebab strok haba berlaku ialah badan anda sudah tak boleh lagi kawal suhu badan dan suhu badan naik terlalu tinggi melebihi 40C. Akibatnya ialah suhu badan dan suhu otak yang terlalu tinggi itu menyebabkan anda menjadi keliru tak boleh berfikir dengan waras (confused), sawan, hilang kesedaran diri (coma) dan boleh meninggal dunia jika tidak mendapat rawatan menurunkan suhu badan dengan cepat. Ada dua cara suhu badan kita boleh naik terlalu tinggi: 1) Pakai baju tebal berlapis-lapis dan duduk di tempat yang terlalu panas. 2) Membuat aktiviti yang sangat intensif sampai dehidrasi yang teruk. Maka pada waktu panas, kurangkan lah membuat kedua-dua perkara di atas dan tambah minum air dengan lebih banyak. Janganlah memaksa ibu yang baru bersalin duduk di dalam kepanasan, paksa pakai baju tebal, tak benarkan buka kipas atau aircond, tak bagi minum dengan secukupnya dan tak bagi mandi, sebab ini ialah satu penyeksaan kepada ibu-ibu yang baru bersalin yang perlu menyusukan bayinya. Selalunya mereka yang kurang upaya mengawal suhu badan ialah orang tua-tua, bayi yang baru lahir, mereka yang minum alcohol, atau mereka yang sudah kehilangan terlalu banyak peluh. Bagaimanakah badan manusia berusaha menghalang peningkatan suhu badan? 1) Dengan mengembangkan saluran darah di bawah kulit, supaya lebih darah panas dibawa ke bahagian kulit untuk menjana keluar haba dari bahagian dalam badan keluar melalui kulit. 2) Dengan berpeluh. Bila kilang peluh mengeluarkan air (yang ditapis dari darah) ke permukaan kulit, kehadiran air di permukaan kulit itu menyejukkan badan sebab air itu menggunakan haba badan untuk menyejat ke dalam udara. 3) Otak anda memberi anda rasa kehausan bila mengesan kekurangan air di dalam darah dan anda akan mencari minuman air sejuk untuk menghilangkan rasa haus dahaga. Sebab inilah bila anda minum air sejuk, dan suhu badan diseimbangkan semula ke suhu badan yang normal, maka saluran darah yang kembang ke arah kulit bila badan panas itu boleh kecut semula seperti normal. Untuk kebanyakan orang, badan anda pandai menyeimbangkan suhu badan supaya sentiasa normal, tidak benarkan suhu badan jatuh rendah dan tidak benarkan suhu badan naik tinggi, boleh minum air sejuk dan boleh minum air panas tanpa apa-apa masalah. Tetapi bila otak anda mengesan suhu badan mula turun, anda akan menggeletar sebab otot-otot yang menggetar ialah satu aktiviti intensif yang menjanakan haba supaya suhu badan menjadi normal semula. Bila otak mengesan suhu badan mula naik, saluran darah akan kembang ke bahagian kulit, anda akan berpeluh dan rasa dahaga. Tetapi anda juga boleh membantu badan anda menyeimbangkan suhu badan dengan lebih cepat supaya badan anda tak payah menggeletar dan tak payah berpeluh terlalu banyak. Jika anda sendiri rasa sejuk: pakailah baju tebal, minum air suam, cari tempat yang lebih panas, tambahkan aktiviti badan supaya tidak menggeletar. Jika anda sendiri rasa badan anda panas: Janganlah pakai baju tebal, keluar dari kawasan panas ke tempat yang lebih teduh dan lebih sejuk, bukalah kipas, minum air sejuk dan kurangkan aktiviti badan. Sebab itulah jika anda mengesyaki seseorang itu mendapat strok haba (panas badan atau terlalu banyak sangat berpeluh sehingga mendapat simtom kekeliruan, sawan, tidak sedar diri), maka anda cepat-cepatlah bawa orang itu ke tempat yang teduh, buka kipas, basahkan permukaan kulit dengan air sejuk, panggil ambulance cepat-cepat. Jangan lupa, menggeletar selepas bersalin itu bukan sebab tak pantang makan, bukan sebab badan sejuk atau masuk angin. Kita pengamal kesihatan di wad bersalin sudah selalu bagi ibu yang baru bersalin selimut tebal, minum air panas dan check suhu badannya normal pun, akan dapati satu di dalam tiga ibu yang baru bersalin akan menggeletar juga. Sebabnya menggeletar selepas bersalin tetapi suhu badan normal ialah ada sedikit kemasukan darah bayi yang termasuk ke dalam saluran darah ibu melalui placenta semasa proses bersalin. Inilah kita panggil maternal-fetal transfusion reaction yang hanya sementara saja dan akan pulih semula tanpa apa-apa rawatan. Sekiranya darah bayi dan darah ibu tak sama kumpulan darahnya, maka lebih tinggi risiko mendapat maternal-fetal transfusion reaction selepas bersalin. Sekiranya darah bayi dan darah ibu itu sama kumpulan darahnya, tetapi ada lebih banyak kemasukan sel darah bayi ke dalam saluran darah ibu, maka lebih tinggi risiko mendapat maternal-fetal transfusion reaction selepas bersalin juga. Tetapi kita tak perlu risau tentang menggeletar ini selagi kita tahu suhu badan ibu adalah normal. Selagi suhu badan ibu normal, maka tak perlu apa-apa rawatan dan menggeletar itu akan pulih dengan sendirinya. Tetapi jika ibu yang baru bersalin itu menggeletar dan suhu badannya di bawah 36C atau melebihi 37.6C, sila bawa ibu ini ke hospital. Jangan kata ‘bentan’ dan biarkan dia saja di rumah, bawalah ke hospital untuk pemeriksaan doktor. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi

Bergantung pd individu tersebut, kalau badan jenis yg x tahan minum air sejuk sikit pun da sakit badan sana sini kembung. Nak tau badan kita mcm mana, cuba minum😂. Kalau rasa lepas dr minum tu sakit urat sakit badan, usah la lagi. Tapi kalau rasa sanggup menahan sakit badan minum je. Xde masalah badan awk, awk yg rasa. Kalau sy, yg moden kita ikut jgk dgr jgk kata doktor, tapi yg tradisional jgn kita lupakan, ada baiknya jgk dgr kata org2 tua. Yg elok kita ambik, yg x elok jgn la kita ikut.

Baca lagi

Badan lain2 awk, klu awk mmg okay minum sejuk xde masalah. Mcm sy ni even dari zaman bujang takleh minum sejuk, akn gigil dalaman.. mula la rasa getaran stiap kali tarik nafas..time pregnant pulak asyik nak minum sejuk sbb badan asyik rasa panas. Elok pulak boleh minum da xde gigil. Bila da bersalin, jd balik xleh minum sejuk tu..badan jenis tak tahan sejuk mmg xleh la huhu

Baca lagi

kalau nk dekat setahun dh tu blh sgt dh... slalu masa dlm pantang ja sbb masa tu badan kita tgh dlm proses baik pulih...jd kebanyakan org badan akan seram sejuk bila minum air sejuk masa dlm pantang...tp badan setiap org x sama...ada ja yg minum x jadi apa..

atas badan kalau dah biasa minum takde masalah pun. hari kedua lepas czer kat hospital lagi saya minum air ais lagi. ayah saya bising jugak la, tapi doktor saya kata boleh. doktor pakar lagi tu. dia lagi banyak pengalaman so saya dengar cakap doktor la 🤭

Orang kata air sejuk masuk badan jadi suhu biasa. Tapi i pelik la time pregnant kalau baby kurang gerak disuruh minum air sejuk. And yes bila minum air sejuk baby auto tendang even dah lama dia tak gerak. Kalau minum air suhu normal takmo gerak2 juga dia.

TapFluencer

bergantung pada badan masing2. cm sy, masa berpantang je sy x minum yang sejuk. lepas habis pantang 100 hari, sy order air iced matcha + choco latte. sebenarnya minum air masak yang tak sejuk, lagi elok dan myihatkan badan.

air sejuk masok dlm badan akan jadi suhu bdn dear. sy dlm pntg dh minum air sejuk coway. dan ada je minum air ais. sampai skrg baby dh setahun ++ sy minum air ais. sbb sbb sy sejenis tak minum panas

Depends pd bdn masing2, ada yg tahan, ada yang tak. Saya dh hbs pantang 100 hari pun masih tak tahan. Lain betul lps bersalin ank no 2, masa anak pertama okay je. 😅