Jika perlu dipilih, mana satu pilihan mommy?

Bersalin Hospital (Swasta) VS Upah Confinement Lady (CL) Selepas Bersalin. Kalau Mommies ada bajet RM5K yang mana satu mommies akan pilih?

Jika perlu dipilih, mana satu pilihan mommy?
47 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1st kita kena tahu condition diri kita ketika hamil. kalau takde masalah sepanjang kehamilan Dan boleh bersalin normal...bolehla pilih utk hospital swasta...cost 5k mmg cukup utk hospt swsta jika bersalin normal yang kedua , pengalaman melahirkan anak sebelum2 ni ..ada org mudah sangat2 bersalin...tak sampai 2, 3 jam di labour room dah bersalin. macam saya Jenis yg pro-long labour...jadi saya akan pilih hospital swsta...untuk keselesaan Dan layanan yg baik.

Baca lagi
VIP Member

bersalin kerajaan...upah CL untung besar boleh rehat lepas bersalin.. hospital swasta 5k cukup2 untuk normal tu pon ikut keadaan huhuhu.. kdg2 lebih.. klu nasib kurg baik ceaser dekat 15k habis mak n anak🤗🤗 klu anak sulung better kerajaan sbb xada pengalaman lgi bersalin.. ☺️ anak kedua yakin boleh bersalin normal try lar swasta plk... tapi klu sy simpan duit... pendapat sy🤭

Baca lagi

Sapa xnak bersalin kat hosp swasta. Tp klu ada 5k tu.. better upah CL utk jaga masa berpantang nanti. Masa berpantang tu la masa yg kena rehat betul-2.. kena ada sokongan..kena ada bantuan. plus hospital kerajaan pun dah better kan sekarang.. semoga semua ibu dipermudahkan urusan bersalin dan berpantang 🤲🏻🤲🏻🤲🏻..

Baca lagi
TapFluencer

Alhamdulillah saya pernah bersalin swasta bersalin normal cukup je 5k tu. Tapi kalau in future bagi pilihan saya nak hosp kerajaan yan boleh pilih doc perempuan macam fpp dengan CL tu kalau mampu. CL boleh tahan juga harga hehe.

TapFluencer

walaupun sye ade duit 5k, sye tetap pilih cl. nak beranak swasta ni 5k x ckup. atleast 15k. standby duit utk emergency, kot la tetibe nak czer ke. gagohhh pulakk nak beranok, laki kena crik duit smpai 15k time tu.

Kalau ada 5k je better pilih CL la uii. Saya beranak swasta tiber emergency czer bil 11k . Haha. Kalau confirm boleh teran keluar terus normal ok la. Ni bersalin kita pun tak dapat jangka macam mana.

kalau aku, biarlah di hospital kerajaan. duit banyak tu pun kalai kehidupan aku x stabil kena berjimat cermat juga. utk keperluan akan datang kena perlukan duit lagi .

hehe mcm tau2 je.. sbb sy anak first beranak czer, jd sy pilih upah confinement lady.. sbb anak dah nak 2 so pantang rumah sendiri je..tu la plan nya 🥰

VIP Member

5k tak cukup bersalin swasta. Kalau emergency ceaser cost boleh triple at least 🥲 baik upah CL atau saving kalau tak perlu CL and bagi duit kat baby

Saya sentiasa pikir cara budget dan yg perlu sahaja utk kebaikkan .. hosp govt ada facitlities kenapa nak waste pd hosp private