Cadbury Keluarkan Coklat Perasa Durian Sempena Bulan Kemerdekaan!

Berita baik buat penggemar coklat dan durian! Bersempena Hari Kemerdekaan bulan ini, Cadbury meraikan rasa kegemaran Malaysia dengan menghasilkan coklat perasa durian! Cadbury Dairy Milk Durian merupakan coklat perasa tempatan ke-2 yang dikeluarkan oleh Cadbury, jenama coklat snek di bawah pengurusan Mondelez International. Bagi menghargai budaya Malaysia dan karya tempatan, Cadbury turut bekerjasama sekali lagi dengan kartunis ikonik Malaysia, Datuk Lat, bagi penghasilan ilustrasi yang diletakkan pada produk Cadbury yang terpilih. Datuk Lat mengenengahkan karakter Kampung Boy dalam 2 situasi berbeza - komuniti bekerjasama membina jambatan, kenduri makan durian dan karakter Lat & Epit menanam pokok durian bersama-sama. Setiap komik melambangkan semangat bantu-membantu rakyat Malaysia dalam suasana dusun! Cadbury Dairy Milk Durian pastinya memberikan rasa coklat yang unik dengan rasa durian yang akan memberikan nikmat khususnya kepada penggemar durian. Gabungan rasa buah durian yang menyengat dan coklat susu akan mengingatkan anda kepada kenangan nostalgia ke kebun durian sambil menikmati masa berkualiti bersama keluarga. Tunggu apa lagi? Dapatkan Cadbury Dairy Milk Durian yang boleh didapati di semua pasaraya utama. Bagi yang ingin mendapatkan keluaran istimewa dengan ilustrasi Datuk Lat, anda boleh mendapatkannya di Shopee. Maklumat lanjut di Facebook Cadbury Malaysia https://www.facebook.com/CadburyMalaysia dan laman Instagram https://www.instagram.com/cadbury_my/

Cadbury Keluarkan Coklat Perasa Durian Sempena Bulan Kemerdekaan!