Ibu sila share schedule
Berapa ramai anak? bagaimana ibu jalankan routine bersama anak? ibu kerja ke atau hsewife? ibu start organize schedule seawal pukul berapa harian? jika ibu penat lesu, macam mana ibu overcome? Ayah bantu bersama tak?

Seorang anak 6 bulan. Anak nak masuk 5 bulan , baru saya boleh adapt dgn kehidupan baru. Baru tahu susahnya mengasuh seorang anak. Bekerja sendiri dan bakal berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan juga droshipper. Anak dah 6 bulan, baru saya mula rutin seawal 4 pagi. Bangun-mandi- masak (termasuk makanan anak)-subuh-sarapan - mandikan anak (saya mandikan anak seawal jam 5 pagi - ikut dia bangun jam berapa dan jika ada hal hari tu, jika kami ke klinik/ saya ada tugasan luar/ dia pakai diaper terlalu lama). 8/9 am tidurkan anak. buat kerja rumah/ tugasan. kalau anak tak tidur, edu play dgn dia. 12 makan. 5pm makan. 6pm mandikan anak. buka bacaan al Quran. maghrib. tutup lampu susukan anak tidurkan anak. Syukur, Allah kurniakan tenaga yg baik slps saya bersalin. Saya pastikan saya makan ontime. Jika tak,burnt out. 😅 Setiap minggu kena riadah sekeluarga di taman awam untuk elakkan stress. Call suami jika anak meragam untuk luahan shj. Banyakkan membaca dan menonton tentang kehidupan sbg ibu bapa dan tentang perkembangan anak sbg pembelajaran dan ilmu juga persediaan menghadapinya. usaha menjadi ibu yg ceria utk anak senyum manis dan isteri cantik utk suami. 😄
Baca lagi
Mother of 1 bouncy little heart throb