Anda pernah beri bayi bawah 1 tahun makan madu?
Anda pernah beri bayi bawah 1 tahun makan madu?
Voice your Opinion
Ya
Tidak

9419 respon

39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy bagi sikit masa demam selepas pemanasan n doa bismillahillazi la yadurru.., alhmdlhhhhh xda apa2, bgaimana nak pastikan madu tu selamat? adik2 sy dulu d beri air madu jg, alhmdlhhhhh, tapi sbb mmg ada info madu skrg ni kena lah berhati2, sy selit info di bwh ini.... Spora *Clostridium botulinum* boleh masuk ke dalam madu melalui pencemaran persekitaran. Berikut adalah beberapa cara ia boleh berlaku: 1. **Tanah dan Habuk**: Spora secara semula jadi terdapat dalam tanah dan habuk. Lebah mengumpul nektar dari bunga, yang mungkin tercemar dengan zarah habuk atau tanah yang membawa spora. Apabila lebah memproses nektar menjadi madu, spora tersebut boleh kekal dalam madu. 2. **Lebah dan Persekitaran**: Lebah boleh mengumpul spora semasa terbang, mencari makanan, atau semasa berinteraksi dengan persekitaran semula jadi mereka. Spora ini kemudian mungkin dimasukkan ke dalam sarang. 3. **Madu Mentah atau Tidak Diproses**: Madu yang tidak ditapis atau diproses secara minimum lebih cenderung mengandungi pencemar dari persekitaran, termasuk spora botulisme, kerana ia tidak melalui rawatan haba atau pensterilan industri. Walaupun spora *Clostridium botulinum* tidak berbahaya kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua kerana sistem pencernaan mereka matang dan dapat mencegah pertumbuhan spora, bayi di bawah umur 1 tahun tidak mempunyai pertahanan yang diperlukan, menjadikan mereka terdedah kepada botulisme. Sebab itulah penting untuk tidak memberikan madu kepada bayi. Membasmi spora *Clostridium botulinum* dalam madu sangat sukar kerana spora ini tahan panas. Proses pemanasan biasa tidak cukup untuk membunuh spora ini. Untuk membunuh spora botulisme, madu perlu dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi, iaitu sekitar **121°C** (250°F) di bawah tekanan tinggi, seperti dalam **pengalengan tekanan** (pressure canner). Proses ini dipanggil **pensterilan komersial** dan biasanya dilakukan di kilang industri. Namun, pensterilan madu dengan cara ini boleh merosakkan kualiti madu, seperti rasa, tekstur, dan kandungan nutrisinya. Selain itu, walaupun selepas proses pensterilan, madu tetap tidak disyorkan untuk bayi di bawah umur 1 tahun, kerana spora mungkin tidak sepenuhnya dibasmi. Cara terbaik untuk melindungi bayi daripada botulisme ialah **mengelakkan pemberian madu sehingga mereka berumur 1 tahun** atau lebih.

Baca lagi

Soalan tentang madu: Kenapa doktor-doktor perubatan tidak bagi galakan bagi bayi yang berumur dibawah 12 bulan makan madu? Jawapannya: Madu asli tidak ada bakteria dan kulat sebab bakteria dan kulat tak boleh hidup dalam madu asli (jika benar ini madu asli laaa). Tetapi ada sejenis bakteria clostridium botulinum yang boleh membiak melalui penghasilan spora. Selalunya spora ini berada di dalam tanah. Kadangkala spora clostridium botulinum boleh terdapat di dalam madu asli. Kajian di USA menunjukkan mereka menjumpai spora ini di dalam 10% madu asli di USA. Disebabkan bakteria ini tak boleh hidup dalam madu asli, spora ini pun tidak boleh bercambah di dalam madu asli. Tetapi, jika spora clostridium botulinum masuk ke dalam usus bayi, ia boleh bercambah di dalam usus bayi yang masih belum matang. Bila spora bercambah, ia mengeluarkan botulinum toxin. Sistem penghadaman yang matang bukan hanya boleh melawan spora ini tidak membenarkan spora ini bercambah, tetapi boleh juga melawan toxin yang dikeluarkan setelah percambahan spora ini. Sistem penghadaman bayi di bawah umur 12 bulan belum lagi matang untuk melawan toxin yang keluar dari clostridium botulinum dan penyakit yang bayi dapat dinamakan infant botulism. Toxin ini ialah neurotoxin, iaitu ia menyerang saraf yang berhubung ke otot-otot bayi dan ini boleh menyebabkan kelumpuhan atau gejala-gejala ini: 1) Bayi yang lemah 2) Bayi yang tangisannya sangat lemah 3) Bayi yang tak telan susu dan boleh tersedak 4) Bayi yang tak boleh membuang dan tak berak 5) Bayi yang kurang bergerak dan lembik kerana toxin ini boleh menyebabkan bayi lumpuh 6) Pernafasan terganggu dan perlukan kemasukan ke unit rawatan rapi untuk bantuan pernafasan Rawatannya ialah antitoxin untuk mencegah kematian bayi dan bantuan pernafasan jika diperlukan sehingga sembuh. Gejala ini sudah dilapurkan di 26 negara di 5 benua. Masalahnya antitoxin ini mahal dan tidak boleh didapati di semua negara yang membangun. Sebab inilah cara terbaik untuk mencegah infant botulism ialah jangan berikan madu kepada anak-anak sebelum usia 1 tahun. Ini bukan masalah madu asli yang berkhasiat, tetapi masalah toxin dari spora clostridium botulinum yang boleh bercambah dalam usus bayi yang belum lagi matang untuk melawan toxin ini. Semoga ilmu ini bermanfaat.

Baca lagi
Post reply image

ikut diri masing2 ada yg kata xbole ada yg kata boleh.. bgi saya selagi tak memudaratkan takde masalah.. anak masing2 kan.. siapa kita nak menentukan itu boleh n ini tak boleh kepada anak orang.. ya memang saya bukan dr tapi kita pon bukannya bagi sampai satu sudu besar pada baby 😌 bagi pon waktu batuk bukan hari2.. kalau rasa xyakin tak payah.. simple!

Baca lagi

Kenapa ada parents yg siap bangga eh bagi madu kat anak bawah setahun? Bahaya bagi madu utk anak bawah setahun. Yaa betul makanan sunnah, tapi tak sesuai utk baby. Marilah jadi ibu bapa yg berilmu.

Saya alhamdulillah bagi je madu dengan air zam2. Tawakal lah kan. Apa pun jadi sebab Allah bagi ujian dan rezeki. Lagi pun tu makanan yg disebut dalam alquran dn sunnah.

pernah bagi. tapi 1 sudu baby kecik tu jer... alhamdulillah xde apa plk. xthu pulak x elok.. tapi madu bkn ke makanan sunnah juga?

4y ago

tapi tidak sesuai untuk baby.

Pernah bagi kalau anak tak sihat. Masa nak masuk setahun. Saya bagi sbb madu tu makanan sunnah

xboleh sbb dia ad sjenis kuman y x sesuai u bayi..kalau cmpur air pn sama jgk..kuman tu ttp ad..

TapFluencer

Saya pernah bagi masa anak batuk teruk. Hujung sudu sahaja

VIP Member

pernah,masa tahnik anak. bagi hujung jari je letak kat lelangit baby😄