Want to know about GDM

Baru dapat call dari clinic katanya kita sangkut GDM (8.5).. anyone ada yang boleh share atau advice jika kita ada GDM, apa yang perlu dilakukan dan makanan apa yang perlu dielakkan? Now 33weeks, and this weekend nanti baru check up doctor.. berat badan almost 4kg naik dalam masa sebulan 😥😥 stress la juga walaupun dah pantau.. #advice #worried

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

GDM adalah singkatan bagi Gestational Diabetes Mellitus. Ia adalah satu jenis kencing manis yang hanya berlaku semasa mengandung. Sekiranya anda didiagnosis dengan GDM, adalah penting untuk mengikuti panduan doktor dan pakar pemakanan. Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin perlu anda lakukan: 1. Pantau kadar gula darah anda dengan teliti seperti yang disyorkan oleh doktor. 2. Ikuti diet yang seimbang dengan mengelakkan makanan tinggi gula yang boleh meningkatkan kadar gula darah. 3. Amalkan senaman yang sesuai untuk membantu mengawal gula darah. 4. Sertai sesi pemantauan doktor secara berkala untuk memastikan keadaan anda dan bayi berada dalam keadaan baik. 5. Elakkan stres yang berlebihan dengan membuat persediaan yang sewajarnya dan mempercayai nasihat doktor. Semasa dalam tempoh ini, amat penting untuk mendapat sokongan dan nasihat yang betul dari profesional kesihatan. Semoga segalanya berjalan lancar untuk anda dan bayi. Jika anda memerlukan lebih banyak nasihat atau bantuan, jangan ragu untuk berbincang dengan pakar kesihatan anda. Semoga berjaya! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

amalkan suku suku separuh sis 🤗 pagi 1 jam before nk check gula tu jgn makan buah, any buah. bfast je mcm bihun ke tp dlm portion segenggam dgn telur mata pun boleh. air suam perah sikit limau kasturi. insyaallah perahan air limau tu bacaan cantik nnt. sbb sy pun gdm masa preggy. jangan skip makan nnt gula spike. sy penah da last nk ambik bacaan lapau betui sbb Sebelum tu makan sikit ,makan la nasi lebih sayur. sekali bacaan 4 😅

Baca lagi

amalkan suku² separuh. kalau masih lapar lebihkan protein utk next meal. mulakan dengan makan protein atau sayur dulu baru carbs. kalau nak makan buah, kena alas dulu perut dengan makanan lain mcm biskut ke. prefer makan after each meal la supaya gula tak spike. kurangkan makan/minum manis. kalau boleh cut terus. waktu makan kena jaga

Baca lagi

macam saya, makan sikit² dan malam last makan nasi pukul 6 atau 7malam. kalau lewat malam lapar..saya makan biskut dan air coklat. Skrg pregnant anak ke 6, Alhamdulilah ok semuanya. Saya pregnant pun makan sangat diet dan berjaga². Air masak je saya minum dan hanya minum manis sesekali sahaja.

TapFluencer

control portion. always start meal with protein/serat dulu. amalkan lemak sihat once bangun pagi ie evco/evoo/yoghurt etc. kalau nak makan/minum manis, make it a dessert ie lepas makan berat. light exercise after meal, jalan2 sikit 10 minit mcm tu pun cukup.

saya DMT2 and pregnant. amalkan low carbs no sugar, mesti bacaan akan turun. carbs ini termasuklah nasi, mee, spaghetti, tepung, sos. makanan/buahan yang manis semestinya high sugar. elakkan JUICE

Baca lagi

saya pun sama bacaan 11+ saya makan mcm biasa je cuma bnyk minum air masak.. malam stop makan awal.. susah nak kawal lepastu makan modal juga kn..

Sis boleh tak saya tahu clinic daerah awak amik masa berapa lama untuk call dan inform ada GDM?