baby meragam bila tengah malam

Baby saya Isnin ini cukup 1 bulan. Bila waktu pagi, tengah hari dan petang tidur memanjang, cukup 1 jam hanya bangun minum susu dan tidur balik. Masalah saya bila tengah malam pukul 12 hingga pukul 3 pagi baru tidur lena. Saya nak tanya apakah penyelesaian untuk bagi anak tidur lena tengah malam tak meragam (menangis tak nak tidur)????7Sedangkan drypers dah tukar, susu dah bagi, perut pun tak gembung.

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

untuk baby 1bulan tu perkara biasa sis sbb baby baru nak adapt. . nnti dalam 3 4 bulan dia dah boleh adapt. sama mcm baby saya tengah malam berjaga sampai 2 lebih ,4 5 bangun balik nyusu dan dodoi jap baru letak balik kat katil dia. pastu 8 9 bangun mandi susu tidur. hahaha