Boleh mengandung lagi ke tak?

Baby saya baru nak masuk 9 bulan tapi period 2 bulan dah tak datang? Saya rasa saya mengandung tapi takut kena marah dengan nurse pulak?

26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Biasa nya memang nurse akan bebel sikit. Sambil2 tu dia akan nasihat sebab2 kena jarakkan kehamilan. Salah satu nya.. Boleh berlaku darah jadi cair. Ibu tak sembuh dalaman sepenuhnya. Anak yang 9bulan tu tak mendapat perhatian sepenuhnya sebab kadang2 ada yang terpaksa stop susu badan sebelum cukup usia 2tahun dan komplikasi2 lain yg boleh berlaku. Lagi satu nurse akan tanya apa perancang kehamilan yg sis ambik yg menyebabkan boleh termengandung sebelum 2tahun jarak dengan baby yg ada sekarang. Benda ni dah berlaku pada saya. Saya termengandung masa anak pertama 1tahun 3bulan. Nurse tulis dekat luar buku pink "poor spacing" . Suami pun kena ceramah sikit sebab dan tujuan perlu merancang kehamilan. Nak elakkan isteri jadi lebih penat sebab menyusu kan anak dan dalam masa yg sama mengandung lagi, belum lagi kira alahan yg bakal ditanggung isteri masa awal kehamilan..ditambah dengan emosi yg tak stabil semasa hamil. Semua kena difikirkan. Sekarang anak kedua dah keluar, anak pertama belum 2tahun berebut susu dengan adik dia. Kadang2 tu kesian tengok anak pertama,, asik merengek nak susu. Tapi tula. Tu semua cabaran baru buat sy utk lebih berhati2 selepas ni utk merancang kehamilan seterusnya.

Baca lagi