Baby 5 bulan jatuh katil

Baby saya 5 months 20 days , harini baru first time jatuh katil 😭 saya rasa macam jadi ibu yang tak berguna 😭 ada sesiapa ada experience benda yang sama tak 😭 saya takut first ada merah sikit kat belakang kepala dia then saya tuam , sekarang merah tu hilang Alhamdulillah , patut ke pergi Clinic untuk check ? 😭 tangan Shaking Allahuakhbar , sekarang Alhamdulillah baby tidur tapi agak was was sebab belum 24 jam 😭 ada tips apa apa tak momies out there 🥺

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

bukan ibu tak guna..kita just manusia yang tak boleh nak kawal semua keadaan. monitor keadaan anak,kalau anak tak nak susu, ada muntah, cirit birit dan tak active.segera ke hospital.. moga baik² sahaja hendaknya.

Baca lagi
2d ago

Aamiin sis , terima kasih sis , Ni selepas baby bangun tidur saya nak bawa dia pergi Clinic untuk double check , sebelum kejadian saya kat dapur masak then dia tidur tepi ayah dia , ayah dia pun penat sangat still tertidur , lepastu dia merangkak pegi tepi katil allahuakhbar luruh hati Ni , rasa bersalah sangat 🥺 …