Bayi bangun tidak mau tidur selepas letak ditilam 😭

Baby saya 1bulan Dah mnyusu, pampers dah tukar, urut baby, sapu minyak angin, check kembung atau tidak, baju pun dah tukar, pasang whitenoise, bedung, "shh" untuk dia tidur Tapi baby tetap merengek taknak tidur di tilam. nak kena pegang je 😭😭 sy nak baring pun terpaksa gendong dia sambil baring.. Ada apa2 tips tak?

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Mungkin baby anda masih terlalu kecil dan tidak suka terlalu jauh dari ibu. Anda boleh mencuba cara-cara lain seperti meletakkan tilam anda di dekat tempat tidur anda atau menggunakan bantal yang berbau anda agar baby merasa lebih selesa. Selain itu, cuba juga untuk membuat suasana yang tenang dan gelap agar baby mudah untuk tidur. Jika baby masih tidak tidur, boleh juga mencuba teknik "skin-to-skin contact" dengan meletakkan baby di atas dada anda. Ingat, setiap baby mempunyai keunikan sendiri jadi anda perlu mencuba beberapa cara untuk melihat mana yang paling berkesan untuk baby anda. Semoga baby anda segera dapat tidur nyenyak. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi
4mo ago

Baik sis, tq tips nya

sy dulu dr baru lahir sampai 1m anak high needs sy xmau ditilam xmau di buai, jd mmg 100% tido mmg atas sy, sy pilih sbb dgn cara tu sy blh rehat anak tak meragam byk. 2m lbh habis pantang balik rumah sy, malam 100% kat dia tido kt bilik dia sorang, siang nap kalau ok kat tilam kalau tk atas sy. 3m setiap tido siang & mlm mmg dlm bilik dia je sorang, sampai now dh nak 2y

Baca lagi
4mo ago

Penatnya sis kalau asyik dukung saja😭 sakit pinggang kita

follow ig baby language. bila baby dah separuh lena, boleh letak slow2 kat tilam, kalau baby merengek, tepuk tilam slow2, sampai baby tidur semula. kalau macam sy, sy letak baju sy kat sebelah anak, biar anak boleh bau sy.

4mo ago

Thankyou sis bgi tips yg bguna 🥰 mmng mnjadi la letak baju tu 😅 mungkin bby nak bau ibunya

Sama kes MCM Sy ..Sy pun kena MCM nie. Sampai Sy stress n pressure Naik ..but sekarang baby Sy dah 3 Bulan . ok Suda suami awak X Tlng jaga baby ke sis

4mo ago

sy dgn suami pjj sis🥹 jadi mmng sy 1org je jaga. sampai nangis merayu kat bby suruh tidur sndiri, sebab penat sgt asyik nak dukung saja

Samalah kita, stress tapi rasa nya sbb anak nak mengempeng. Selalu pujuk diri je anak tak biasa dgn dunia luar lagi

4mo ago

Tu lah sis, sy stress smpai nangis😭tapi bila tatap muka bby terus lap air mata dan smbung pujuk bby

Betul ke orang kata kalau anak masa kecil tak meragam bila besar anak jadi nakal dan buas sangat2?

4mo ago

Tak pasti sis 😅

anak nk mengempeng kot tu sis. 😅

4mo ago

haah, dia nak bau ibunya.. sy dah letak baju sy kat sebelah dia baru dia nak tidur🤭 lena je dia

sama laa mcm sya...

4mo ago

Tu lah sis🥹