Vaksin baby 4 bulan

Baby ibu dah cucuk 4 bulan ke? Ok ke cucuk tu? Ada yang kena side effects teruk-teruk ke? Kalau tolak untuk 4 bulan saja ok ke? Suami saya jumpa video tiktok side effect vaksin tu.. yang baby dia macam kena eczema lepas cucuk.. lepas tu dia berkeras taknak bagi anak kami cucuk. Dia suruh saya tolak dan sign je kalau doktor suruh sign. Saya pulak nak bagi anak cucuk sebab nak kurangkan risiko penyakit. Sekarang ni macam-macam penyakit dah ada. Saya malas nak bergaduh nak berbahas ke apa walaupun rasa macam salah pilih suami. Dalam hati ni saya cakap "kalau taknak vaksin anak, sila berhenti hisap vape." Cakap depan-depan kang macam kurang ajar pulak. Simpan dalam hati je la. Yang doktor suruh taknak ikut. Yang doktor larang (hisap vape) nak buat pulak.

37 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ambik je sis. jauh lebih sedih kalau ank sakit sbb x divaksin. kkm dh nk bg terbaik dh utk ank tp parents yg menolak.

anak sy both cucuk 4bulan. xde skip. alhamdulillah sorg dh nak masok 3tahun. sorg dh setahun 2bulan

nanti kalau anak mudah sakit sbb tak ambik pneumococcal, suruh husband u jaga k. 😊

9mo ago

kan.. kaitan pernafasan plk tu.. selsema sumbat hidung sikit pun anak takleh tidur elok..

Vaksin ja sis, doa yg baik2 ok, sebaiknya vaksin ikut saranan kkm

alhamdulillah anak sy dah lepas cucuk 4 bulan..xde effect ape2.

9mo ago

Alhamdulillah. Ramai juga yang ok je lepas cucuk. Taktau lah kenapa dia terpengaruh dengan video 1 tu je..

anak saya 4 org okeyy je vaksin

video tu lalu fyp sy juga 🥹

9mo ago

Saya tengok bahagian komen macam ramai je yang dapat side effect vaksin tu. Ada yg miang 1 badan lah batuk berkahak lah .. saya pun dah jadi buntu huhu