Nak Tanya .....????
Awal2 pregnant 8-12 minggu ni memang sentiasa letih ke ?? Pening je .... Cepat lapar pulak Tu .. memang biasa ke Rasa macam ni ? Memang jadi macam ni ke saya Yang bermasalah letih + cepat lapar ni .. saya risau takut husband saya cakap saya makin malas pulak lately ni .. tapi bukan malas .. taktau macam mana nak explain

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, sememangnya kehamilan merupakan suatu proses atau fenomena yang bukanlah mudah. Pelbagai perubahan berlaku pada tubuh wanita hamil dan ini boleh menyebabkan wanita hamil mengalami gejala-gejala seperti sakit pada tubuh, lemah, cepat letih, mual dan sebagainya. Anda haruslah berbincang dan memberitahu pasangan anda tentang keadaan anda agar dia lebih memahami dan saling membantu dalam tugasan seharian anda. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi