Kantung kosong@hamil luar rahim

Assalamualaikum..siapa sini yg pernah hamil kantung kosong @ hamil luar rahim..ciri2 apa ya? Sy ni cuma rasa sengal2 dkt perut je..alahan lain xde..sy tkut ada yg xkena je dgn baby..baby kecil lgi xsilap 5w..sbb scan pn xnmpk lgi

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh juga baca penerangan doctor imelda balchin pakar o&g sendiri A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi
12mo ago

Info yg sangat berguna

sebab tu kita tak digalakkan utk scan masa 4@5w. sebab awak akan risau dan panik. normal scan waktu usia kandungan 4@5w xnampak pape lagi. ataupon doctor just inform yg dinding rahim menebal. selalu mmg doctor akan minta repeat scan semula. nak nampak kantung boleh repeat scan masa usia kehamilan awak 6@7w. nak nampak baby dan heartbeat klip2 scan masa usia kehamilan awak 8@9w dan keatas. selagi xde spotting/bleeding, sakit perut terlampau mean kandungan awak baik2 sahaja. normal rasa cramp manja2. as long bukan sakit terlampau. if mmg mkn asid folid just continue makan. if belom boleh beli dkt farmasi dn start makan

Baca lagi

tahun 2021 sy pernah alami. 3x scan d KK hanya nampak kantung. first scan 8week, then 10week, then 12week. mmg tkde janin. doc KK terus refer Pakar. week 14 scan lg skali kantung dah mengecil. pakar suruh tunggu seminggu utk turun darah. week 15 complete D&C. masa tahu pregnant alahan mmg takde langsung. tp jangan ikut org ya. sbb kita tk sama. lagipun week 5 tu terlalu awal lg. tunggu week 8,9 repeat lagi scan. kalau tk puas hati kt KK pergi scan kt swasta. insyaAllahh yg baik2 saja tu. alhamdulillahh skrg lepas setahun sy dah 28weeks. yg penting jangan stress. doa banyak2 okay 🖤

Baca lagi

1) bab alahan nie depends on individu.. ade yg awal, lmbt.. ade yg lgsg xde alahan.. 2) selagi xde bleeding insyaaAllah baby ok.. 3) memg scan je bley tw kantung kosg ke luar rahim ke.. awal2 memg x nmpk pape.. 8 weeks insyaaAllah nmpk janin+heartbeat(nie pun ade yg nmpk ade yg x) *yg bley awak buat skg nie bykkn doa & jge ksihatan diri.. jgn skip folic acid..

Baca lagi

Normal sis 5weeks xnmpk lg..sy pon scan 4weeks++ nmpk kantung..doc ckp normal..dan kantung dlm rahim..nnti repeat lg scan 2 minggu..biasa lau scan xnmpk doc akan explain..doc xde explain apa2 e? Sy lps 2 minggu bru nmpk bulat2 dlm kantung..sy pon sakit perut cucuk2 smpai 10-11weeks dan alhamdulillah xde alahan jgk..muntah2 semua xde..husband je muntah 😅..

Baca lagi

Sy pernah lua rahimm.. Rse biasa awk yg luar biasa asyik kluar darah skit2.. Sbb ngdg sblm2 ni xkua dah klu dah taw pregg.. Lme2 kuar dah 3mggu cmtu kua byk tp ingt ggur biasa.. Lpas 1w pengsan

12mo ago

Warna merah mcm period tu..