Mohon doa & kata semangat

Assalamualaikum Mohon doa dan kata kata semangat semua. Saya pregnant 20weeks , Weeks 18 saya kena keputihan+darah, pergi hospital, ada jangkitan .doctor bagi ubat insert, 2-3 hari selepas tu saya alami pendarahan banyak + ketul, pergi hospital , doctor buang polips & lepas buang, air ketuban bocor dan tinggal sikit sangat . Saya warded seminggu utk doc pantau air ketuban, discharge rehat kat rumah 5 hari, harini dtg poliklinik hospital utk check up balik, air ketuban dah tersangat kering, kebocoran masih ada & bukaan dah 3cm . Saya dimasukkan wad sekali lagi & sekarang tengah rasa contraction berkali kali. Sakit perut , sedih, semua perasaan bercampur baur. Sepatutnya lagi 3 bulan lebih dah boleh jumpa baby. Ni anak first. Saya berkahwin dah 5 tahun..

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Allahuakbar saya turut simpati dan sedih 😢 Semoga Allah tenangkan puan dan berikan takdir yg baik2 sentiasa utk puan dan baby 🤲

6mo ago

Terima kasih utk doa dan kata semangatnya. Semoga ada rezeki lain utk saya. Saya betul betul perlu kata semangat & doa. Terima kasih lagi sekali 🫂