Mohon doa & kata semangat

Assalamualaikum Mohon doa dan kata kata semangat semua. Saya pregnant 20weeks , Weeks 18 saya kena keputihan+darah, pergi hospital, ada jangkitan .doctor bagi ubat insert, 2-3 hari selepas tu saya alami pendarahan banyak + ketul, pergi hospital , doctor buang polips & lepas buang, air ketuban bocor dan tinggal sikit sangat . Saya warded seminggu utk doc pantau air ketuban, discharge rehat kat rumah 5 hari, harini dtg poliklinik hospital utk check up balik, air ketuban dah tersangat kering, kebocoran masih ada & bukaan dah 3cm . Saya dimasukkan wad sekali lagi & sekarang tengah rasa contraction berkali kali. Sakit perut , sedih, semua perasaan bercampur baur. Sepatutnya lagi 3 bulan lebih dah boleh jumpa baby. Ni anak first. Saya berkahwin dah 5 tahun..

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Semoga puan baik2, jgn stress2. Puan sgt tabah hadapi ujian ni. Tak semua org dpt ujian mcm ni, so puan kira kuat tau. Doa byk2. Semoga puan dpt dengar khabar berita gembira nanti

5mo ago

Sama2🤗🤗

Allahuakbar saya turut simpati dan sedih 😢 Semoga Allah tenangkan puan dan berikan takdir yg baik2 sentiasa utk puan dan baby 🤲

5mo ago

Terima kasih utk doa dan kata semangatnya. Semoga ada rezeki lain utk saya. Saya betul betul perlu kata semangat & doa. Terima kasih lagi sekali 🫂

allahuakbar.. sama weeks dgn saya sis... semoga dipermudahkan segala urusan, semoga ibu & baby baik2 saja & dilindungi selalu..

5mo ago

baby dh keluar tadi sis. saya redha dgn ketentuanNya . terima kasih doa & kata semangat nya