Assalamualaikum wbt ibu2
Saya ada nak kongsi cerita sedikit berkenaan diri saya sendiri.
Sebelum tu saya nak mintak maaf kalau ada ibu2 yang tak suka saya mintak tolong jangan kecam teruk2. Saya pon ada hati perasaan.
Kat sini saya cuma nak share mana tau ada ibu yang sama macam saya atau pernah lalui situasi sama seperti saya.
Nasihat pandangan amat saya alu alukan.
Ceritanya, saya surirumah sepenuh masa.
Ada anak 2 orang.
Anak2 dah ke sekolah, playschool.
Suami kerja 6hari seminggu office hours.
Masalah saya bila saya buat kerja rumah, saya nak semuanya teratur tertib.
Kalau sidai baju kadang berjam jam. Penyepit baju kena sama colour.
Baju kena sidai sini semua, seluar sana semua.
Baju kemeja suami hanger colour lain, tshirt kolar colour lain, tshirt harian colour lain. Baju saya baju anak2 semua kena ikut kod colour.
Ubat2 pon sama dah macam di farmasi semua kena ikut tempat label.
Bila lepas mop lantai saya tak boleh tengok kotor sikit saya akan segera lap yang kotor tu. Anak2 makan di meja saya akan tunggu kalau2 ada tumpah cepat2 suruh kutip. Dalam sinki takleh ada pinggan kotor walaupun hanya sudu 1. Kadang malam dah masuk bilik nak tidur, tapi ada suami atau anak2 di dapur tengah makan r minum. Lepas semua masuk tidur saya akan bangun check tengok kalau ada yang tak dibasuh meja tak kemas.
Kalau saya bangun esok pagi ada benda dalam sinki atau atas meja terus mood saya tak elok.
Meja makan tu sedia2 kena kosong melainkan time makan sahaja.
Semua nak kena tersusun. Kalau boleh taknak langsung disentuh.
Belum g bab memasak. Memang berjam jam ambik masa.
Macam2 lagi laa…
Saya bukan nak cerita yang saya ni rajin ka apa,
Sebenarnya kadang2 semua ni buat saya stress dengan diri sendiri. Saya marah diri sendiri. Buat 1 1 kerja ambik masa lama. Sedangkan banyak g kerja boleh dibuat.
Saya cuba nak buat ala kadar, sidai baju ala kadar biar la sidai campur baju selang seli dengan seluar, tapi tak boleh lepas tu mesti saya perbetul balik semua tuu.
Ada ka ibu2 yang macam saya? Macamana ibu2 hadap hari2?
Ada hari rasa okay, ada hari rasa stress sangat. Rasa macam taknak buat apa2 tapi tak boleh nak abaikan.
Memang rasa puas hati bila boleh buat semua teratur rapi, tapi kadang penat stress dengan diri sendiri sebab kadang tak sempat nak rehat sebab terlalu lama buat kerja 1 1 tuuu…
Ada ka ibu macam ni jugak?
Atau ini 1 penyakit?
Thanks in advance for those yang will sharing your advice or experience.
Maaf panjang lebar.
Terima kasih sudi baca.
Have a good day ibu2😘
Anonymous