Okey ke untuk ambil caffeine waktu mengandung?

Assalamualaikum semua, saya sekarang 8w anak first. Saya suka sangat minum coffee. Kalau tak minum saya sampai nak makan pun takda selera. Selang sehari saya akan cari coffee. Kalau tidak saya memang akan lesu sampaikan nak bangun pun takda tenaga. Ada yang macam saya tak? Bahaya ka kalau minum coffee?

24 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya awal pregnant suka sgt minum coffee yg jenis tin sebab kerja shift tapi separuh jela . Share dgn membe kerja . Dalam seminggu tu saya akan minum 3@4 kali . Memang ketagih masa tu , maggi pun saya gila makan . Sampai yg pengalaman bising tapi nak buat mcm mana memang nak makan . 2nd trimester jaa saya dah kurang sebab dah lali then nak muntah kalau bau hehe . Alhamdulillah takda apa , sekarang dah masuk 8 bulan baru start minum yg caffeine lepas lama tinggal , tupun baru sekali . Kena pandai jaga pemakanan . Susu jangan lupa , ubat kk pun .

Baca lagi

Saya pon hantu jugak kalau coffee ni.. Sebelum ni preggy anak first ok je.. Ni preggy no 2, masa awal dulu cantik je hb 11.7/11.9/12, dah masuk 3rd trimester ni, dh nk bersalin lagi seminggu dua ni,skrg 37weeks dah.. tiba hb drop terus 10.4 sbb minum coffee/tea/milo kerap.. Bising nurse kk saya.. Smlm checkup kk naik 10.5 je.. Harini dah stop coffee semua, minum juice dgn susu saja n air suam.. Nurse suh pantang klo xnk ada masalah masa bersalin katanya... Apa blh buat.. Demi anak.. Sy kena kawal jugak perasaan ni.. Hehehe

Baca lagi

ikut orang juga kot. saya pun macam puan selang sehari mesti minum kopi. tambah2 bila kerja. memang tak tahan 🤣 Alhamdulillah kandungan dah 35 weeks tapi Hb atas pagar je. Sepanjang check Hb 11-11.7 paling tinggi. Haha mungkin sebab consume kopi banyak kot. Cuma janganla sehari tu 2-3 kali. Dah tanya nurse, dia cakap boleh minum seminggu 2-3 kali macamtu. Apapun kalau Hb awak bawah 11 tak digalakkan la ya..

Baca lagi

Wsalam sis. Sy pun coffee lover, mmg hari2 minum sebelum pregnant tapi bila dah pregnant sy ganti dgn Decaffeinated coffee..sis boleh carik, ada banyak brand. Yg sy guna nescafe decaf je, kat shopee banyak org jual. Jgn minum kopi biasa sis, sbb kandungan caffeine dlm 1 cup coffee pun boleh bahayakan baby. Anggaran caffeine dlm kopi decaf ibarat 1/11 drpd caffeine kopi biasa, so kopi decaf lg selamat dan rasa kopi jgk.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih sis nanti saya cuba cari

VIP Member

Saya pun sebelum prgnnt, mmng fav lah coffe. bncuh 2 pek sekali minum cawan besar eco tu. mlm pun bncuh jugak 2pek cawan yg sama😂. lps delay 3 hari period, trus saya stopkn dulu. Sampai skrg kmpunan coffe. tpi takut jadi gian bila minum time mngndung.. kena tahan dulu 🤦🏻‍♀️. skrg bnyak minum air masak je.

Baca lagi

Sy suka coffee. Awal2 pregnancy, elak caffeine. Masuk 3rd tri, bantai coffee mcm xde hari esok 😂😂 pagi ptg, hari2. Sumber tenaga sbb bnyk bergerak and nak release stress sbb kerja. In addition, sy mmg xde masalah apa2 time pregnant. Except positive gbs on 37weeks pregnancy.

tak bagus.. awak boleh google sendiri dn tahu masa pregnant x boleh minum coffee.. kalau nk minum jgn selalu dn kerap, and minum dgn kuantiti yg sedikit.. sy pun suka coffee, tp sbb mengandung ni mmg x amik. sy minum susu dn jus buah buahan aje demi bayi dlm kandungan ni.

Hii momies, boleh je minum tapi kuantiti yang sikit macam sehari secawan je. Saye dah tanya dokter sebab saye pon tak boleh kalau tak minum. Just takut hb low je takde la sampai risiko ke sampai keguguran ke apa. Ikut atas badan masing2 sebab badan saye okey je setakat ni☺️

2y ago

Terima kasih yaaa. Boleh lah minum

VIP Member

Tak bagus utk penyerapan nutrien. Kalau hb low jangan consume caffeine. Tapi kalau hb normal dan takde masalah kesihatan yg lain boleh je consume caffeine sikit sikit. Apa apa pun ikut nasihat doktor dan badan masing2

caffeine tk bagus… tp tgok org gak. lain orang lain ketahanan bdn nya. kalau boleh elak, elakkan . kalau tak boleh minum lah sikit2 je. lagi satu caffeine mengganggu penyerapan ubat. so better amik gap lama dr timing makan ubat

2y ago

Saya akan cuba kurangkan