Okey ke untuk ambil caffeine waktu mengandung?
Assalamualaikum semua, saya sekarang 8w anak first. Saya suka sangat minum coffee. Kalau tak minum saya sampai nak makan pun takda selera. Selang sehari saya akan cari coffee. Kalau tidak saya memang akan lesu sampaikan nak bangun pun takda tenaga. Ada yang macam saya tak? Bahaya ka kalau minum coffee?
Sejujurnya saya sejenis tak boleh takde caffeine 😂😂😂😂 sehari saya minum 4/5 cawan gak la. Order teh o ais, teh ais mmg tak lekang. Alhamdulillah pergi check up buku pink hb 14 :)
ms mengandung anak pertama dulu sy suka sgt minum kopi power root yg instant tu. setiap hari amik 😂😂 jd ketagih pulak. Alhamdulillah, nasib baik anak xde ape.
kalau puan takda masalah hb low rasanya takda apa masalah .. tapi kalau dah puan kerap minum minuman ada caffeine puan kena kerap juga minum air suam ☺️
sy pon suka mnum caffein..tpi sy ade mslh hb low..jdi sy mnum kdg² je..smgu skali ke..aslkn dpt mnum..mnum hri² tkot hb drop trus..
Saya suka coffee juga, tp since pregnant xpernah minum, hb semua ok je tiap kali cek, tp tetap xberani,
minum coffee ni sbulan 2/3 kali boleh laa. jgn amalkan selang shari atau hri2. kalau susu takpe
sy ari2 mnum kopi.. time prgnant lg laa nk cri kopi je.. tp jarakkn time mkn ubat dgn mnum kopi
Kalau teringin sangt seminggu sekali buleh minum jarak ngn ubat 6 jam selepas tu
kalau boleh, kurangkan . tak elok untuk kandungan. limitkan kaffein harian
Tak boleh sis.. kafein akan buatkan jantung laju dan akan buatkan HB drop