Bunting Pelamin

Assalamualaikum. Saya nak tanya pendapat mommies. Saya baru je nikah 3/8/2019. Selepas 2 minggu pernikahan saya, saya tiba-tiba mual, pening kepala dan sakit belakang. Saya beranikan diri buat uji dan sekarang saya tengah mengandung dan belum buat pemeriksaan di klinik. Saya tak nak nanti org fikir saya mengandungkan anak luar nikah sebab terlalu cepat Allah beri rezeki yang tak di sangka. Ada sesetengah orang beranggapan nie "bunting pelamin". Ada jugak artikel yang saya baca orang boleh salah anggap yang kita nie mengandung dulu baru nikah. Saya pun berfikir nak buat pemeriksaan awal ke tak? Sekarang nie kandungan saya dah 5 minggu. Wajar tak saya buat pemeriksaan bila usia kandungan 2 bulan?

Bunting Pelamin
194 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tahniah sis. Slalu nya..org yg bukan dari ahli kluarga tdekat akan ckp bukan2. Subur org mgata, x sybur org mgata. Utk meleraikan keraguan sis. Kira tarikh mcm ni (hri pertama bulan trakhir dtg haid) mcm sy.. Last dtg haid bulan 8. First day dtg haid bulan 8 ialah 5hb. So 5.8.2019 adalah hari pertama bulan trakhir dtg haid. So bby akan dijangka lahir guna tarikh tu.mine djangka due 11.5.2019.

Baca lagi