Putus Harapan

Assalamualaikum salam Ramadhan buat semua.. Harapnya semua ibu ibu sihat walafiat.. Saya bukanlah tidak dapat terima takdir Allah. Bukan juga tidak redha. Tapi kadang2 saya tak kuat juga. Apalah daya saya sebagai seorang hamba selain dari menangis dan merintih. Saya dibesarkan dalam keluarga yang cukup agama. Dibesarkan dalam keluarga yang cukup besar. Saya dibesarkan dengan mengenal Tuhan sedari kecil. Dikurniakan suami juga datangnya dari keluarga yang beragama. Alhamdulillah saya dikurniakan ibu ayah mentua yang sangat baik. Ipar duai yang sangat rapat. Saya menantu sulong. Saya mahu bercerita disini kerana hanya ibu ibu disini yang memahami hati saya. Bukanlah saya tidak meluahkan sedih pada Allah, tapi itu biarlah hanya saya dengan Tuhan sahaja. Saya sudah berkahwin dengan suami selama 1tahun 9bulan. Lagi 3 bulan akan cukup 2 tahun usia perkahwinan kami. Dalam tempoh itu saya telah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Bermacam macam usaha kami suami isteri cuba. Berdoa, hafal zikir2 yang baik untuk mendapatkan zuriat, apa saja alim ulama bagitahu, suruh amalkan, suruh hafal kami suami isteri buat. Hafal, baca setiap malam lepas solat, baca dan baca mengharapkan ada keajaiban Allah buat kami. Itu hal rohani, secara zahirnya kami juga pergi berurut, kami amalkan minuman sunnah, makanan sunnah, kami beli supplemen untuk kesuburan lelaki, makan asid folid, amalkan makan kurma ajwa dan bermacam macam usaha kami lakukan untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki pada kami suami isteri. Bila saya tahu saya mengandung, saya amalkan bacaan Al Quran, saya zikir setiap masa, zikir supaya bayi membesar dgn sihat, zikir supaya bayi tidak keguguran, setiap masa hati saya ingat. Saya perlahankan semua aktiviti. Saya rehat, saya bedrest. Tapi Allah itu Maha Baik, Dia Maha Memberi, Dia boleh mengambil. Pada awalnya, saya menangis semahu saya. Saya merintih pada tuhan. Saya ceritakan kebahagiaan kami dan kedukaan kami satu persatu pada Allah walaupun Allah lebih mengetahui jalan hidup saya. Saya jadikan Allah tempat bercerita walhal Allah lah yang mengatur jalan cerita saya. Suami seorang yang sangat tenang, bait katanya melembutkan hati. Lama lama saya redha. Redha dengan ketentuan Ilahi. Lama pula kami merancang. Pergi ke klinik pakar untuk check, beli pula ubat ubatan yang bagus, beli kapsul tongkat ali, beli jus bermacam jus. Makan makanan sunnah, berdoa, bangun solat malam, bermacam2 usaha kami cuba lagi. Saya doa pada Allah "Ya Allah, Ramadhan ini aku mahu hamil" saya ulangi doa ini sehingga seminggu sebelum ramadhan saya disahkan hamil.. Kali ini Allah saja yang tahu betapa saya menjaga diri dan kandungan. Suami tidak izinkan kerja rumah satupun saya buat. Semua suami buatkan dari cuci baju, sidai, angkat, lipat dan semuanya. Padahal suami pun penat pulang dari kerja sambung kerja rumah. Ditakdir, kandungan saya gugur juga. Kali ini, ujian nya lebih lagi sebab kena refer pada pakar O&G. Masa dalam bleeding saya berdoa, saya merayu, saya menangis, saya meminta keajaiban Allah menjaga kandungan saya. Saya letakkan pengharapan yang tinggi, saya tidak putus doa, tidak putus asa. Tapi, apalah daya saya sebagai seorang hamba. Tentunya kuasa Allah melebihi segala galanya. Saya keguguran juga, kali ini tiada lagi air mata. Kali ini, hanya mampu diam dan menerima sebulatnya. Redha? Sudah lama redha. Cuma saya agak terkilan, bukanlah tidak menerima ketentuan Allah, tapi saya juga manusia biasa yang rapuh hatinya juga terkadang rapuh imannya. Saya dikelilingi dengan orang yang saya kenali. Bukan mahu buka aib, cuma saya agak sedih.. Kenapa Allah mudahkan urusan orang lain. Dikawasan rumah saya, kawan saya juga, masa kami sekolah dulu dia selalu lari rumah dan datang rumah saya, dia bagitahu ibu dia pukul sebab kantoi dengan lelaki dalam bilik. Dia juga bagitahu, dia sudah tidak ada dara. Dan sekarang, dia kahwin dengan suaminya yang dia kantoi dulu. Anaknya sudah ramai. 3 orang nak masuk 4 orang. Malah kandungan dia sihat, tidak ada apa masalah. Saya dikelilingi dengan orang yang maaf sangat saya katakan.. Orang yang tidak tutup aurat, Allah beri dia anak. Orang yang berzina, Allah beri dia anak. Orang yang hisap dadah, Allah beri dia anak. Orang yang hidup merempat, Allah beri dia anak. Kadang fikiran waras saya kata anak itu sebagai penolongnya. Tapi jika fikiran saya sedih, saya kata kenapa Allah beri anak pada dia sedangkan kami semua melihat anaknya tidak membesar dengan baik dan akhirnya meninggal kerana cuai sikap ibu dan ayah. Senang mereka dapat zuriat. Kadang saya cemburu, tapi saya sedar Allah Maha Mengetahuai. Ada nasihat untuk saya? Jika ada, bagitahu lah. Saya mendengar dan menerima.

66 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam takziah sis ... Sungguh saya faham perasaan sis ketika ini kerana saya pernah mengalami keguguran 2 kali ..sungguh sy pun melalui saat2 sedih dan hingga sy tidak kuat untuk menempuhinya.. apakan daya kuasa Allah SWT yang melangkui kita di mana kita sebagai hamba kena menerima suratan takdir yang ditentukan .. tapi lama kelamaan saya menerima suratan takdir dengan hati yang terbuka .. cuma kadang2 perasaan sedih datang ..saya hanya menangis dan meluah pada suami saya... Saya keguguran 2 kali pada awal perkahwinan dan saya takut untuk hamil lg ..sungguh sy tidak berani dan setelah hampir 4 tahun lbh ..sy tidak meletakkan sebarang pengharapan yang tinggi ... Percayalah sis ...semua ink ada hikmah yang tersembunyi...sy solat dan doa pada Allah SWT .. kurniakan saya zuriat pada masa yang sesuai dan kalo itu yg tbaik untuk saya dan suami... Alhamdulillah, Pada awal feb tahun ini saya disahkan hamil dan saya fikir saya mimpi .. saya tidak melakukan kerja yang berat.. tp sy mengalami juga pendarahan yang kerap..pada mulanya sy anggap sy tiada rezeki Suami sy ada meminta satu doa daripada ustaz @imam masjid untuk melindungi kamdungan saya.. doa lingkaran perut .. suami sy baca doasambil buat lingkaran pada perut saya .. dengan izin Allah SWT ..sy sudah tiada bleeding.. Sungguh skrang pun sy da perasaan risau tapi sy hanya bserah pada Allah SWT .. saya berharap sis rehat dlu dari mengandung dan bg diri sis sihat betul2 ..selepas tue, usaha lg utk zuriat. InshaAllah ..Allah SWT tidakpernah zalim kat kita... Allah SWT hanya menguji iman kita.. sungguh Allah SWT sayang pada sis dan suami ..

Baca lagi
6y ago

Ok sis ..nanti sy share..