Putus Harapan

Assalamualaikum salam Ramadhan buat semua.. Harapnya semua ibu ibu sihat walafiat.. Saya bukanlah tidak dapat terima takdir Allah. Bukan juga tidak redha. Tapi kadang2 saya tak kuat juga. Apalah daya saya sebagai seorang hamba selain dari menangis dan merintih. Saya dibesarkan dalam keluarga yang cukup agama. Dibesarkan dalam keluarga yang cukup besar. Saya dibesarkan dengan mengenal Tuhan sedari kecil. Dikurniakan suami juga datangnya dari keluarga yang beragama. Alhamdulillah saya dikurniakan ibu ayah mentua yang sangat baik. Ipar duai yang sangat rapat. Saya menantu sulong. Saya mahu bercerita disini kerana hanya ibu ibu disini yang memahami hati saya. Bukanlah saya tidak meluahkan sedih pada Allah, tapi itu biarlah hanya saya dengan Tuhan sahaja. Saya sudah berkahwin dengan suami selama 1tahun 9bulan. Lagi 3 bulan akan cukup 2 tahun usia perkahwinan kami. Dalam tempoh itu saya telah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Bermacam macam usaha kami suami isteri cuba. Berdoa, hafal zikir2 yang baik untuk mendapatkan zuriat, apa saja alim ulama bagitahu, suruh amalkan, suruh hafal kami suami isteri buat. Hafal, baca setiap malam lepas solat, baca dan baca mengharapkan ada keajaiban Allah buat kami. Itu hal rohani, secara zahirnya kami juga pergi berurut, kami amalkan minuman sunnah, makanan sunnah, kami beli supplemen untuk kesuburan lelaki, makan asid folid, amalkan makan kurma ajwa dan bermacam macam usaha kami lakukan untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki pada kami suami isteri. Bila saya tahu saya mengandung, saya amalkan bacaan Al Quran, saya zikir setiap masa, zikir supaya bayi membesar dgn sihat, zikir supaya bayi tidak keguguran, setiap masa hati saya ingat. Saya perlahankan semua aktiviti. Saya rehat, saya bedrest. Tapi Allah itu Maha Baik, Dia Maha Memberi, Dia boleh mengambil. Pada awalnya, saya menangis semahu saya. Saya merintih pada tuhan. Saya ceritakan kebahagiaan kami dan kedukaan kami satu persatu pada Allah walaupun Allah lebih mengetahui jalan hidup saya. Saya jadikan Allah tempat bercerita walhal Allah lah yang mengatur jalan cerita saya. Suami seorang yang sangat tenang, bait katanya melembutkan hati. Lama lama saya redha. Redha dengan ketentuan Ilahi. Lama pula kami merancang. Pergi ke klinik pakar untuk check, beli pula ubat ubatan yang bagus, beli kapsul tongkat ali, beli jus bermacam jus. Makan makanan sunnah, berdoa, bangun solat malam, bermacam2 usaha kami cuba lagi. Saya doa pada Allah "Ya Allah, Ramadhan ini aku mahu hamil" saya ulangi doa ini sehingga seminggu sebelum ramadhan saya disahkan hamil.. Kali ini Allah saja yang tahu betapa saya menjaga diri dan kandungan. Suami tidak izinkan kerja rumah satupun saya buat. Semua suami buatkan dari cuci baju, sidai, angkat, lipat dan semuanya. Padahal suami pun penat pulang dari kerja sambung kerja rumah. Ditakdir, kandungan saya gugur juga. Kali ini, ujian nya lebih lagi sebab kena refer pada pakar O&G. Masa dalam bleeding saya berdoa, saya merayu, saya menangis, saya meminta keajaiban Allah menjaga kandungan saya. Saya letakkan pengharapan yang tinggi, saya tidak putus doa, tidak putus asa. Tapi, apalah daya saya sebagai seorang hamba. Tentunya kuasa Allah melebihi segala galanya. Saya keguguran juga, kali ini tiada lagi air mata. Kali ini, hanya mampu diam dan menerima sebulatnya. Redha? Sudah lama redha. Cuma saya agak terkilan, bukanlah tidak menerima ketentuan Allah, tapi saya juga manusia biasa yang rapuh hatinya juga terkadang rapuh imannya. Saya dikelilingi dengan orang yang saya kenali. Bukan mahu buka aib, cuma saya agak sedih.. Kenapa Allah mudahkan urusan orang lain. Dikawasan rumah saya, kawan saya juga, masa kami sekolah dulu dia selalu lari rumah dan datang rumah saya, dia bagitahu ibu dia pukul sebab kantoi dengan lelaki dalam bilik. Dia juga bagitahu, dia sudah tidak ada dara. Dan sekarang, dia kahwin dengan suaminya yang dia kantoi dulu. Anaknya sudah ramai. 3 orang nak masuk 4 orang. Malah kandungan dia sihat, tidak ada apa masalah. Saya dikelilingi dengan orang yang maaf sangat saya katakan.. Orang yang tidak tutup aurat, Allah beri dia anak. Orang yang berzina, Allah beri dia anak. Orang yang hisap dadah, Allah beri dia anak. Orang yang hidup merempat, Allah beri dia anak. Kadang fikiran waras saya kata anak itu sebagai penolongnya. Tapi jika fikiran saya sedih, saya kata kenapa Allah beri anak pada dia sedangkan kami semua melihat anaknya tidak membesar dengan baik dan akhirnya meninggal kerana cuai sikap ibu dan ayah. Senang mereka dapat zuriat. Kadang saya cemburu, tapi saya sedar Allah Maha Mengetahuai. Ada nasihat untuk saya? Jika ada, bagitahu lah. Saya mendengar dan menerima.

66 Balas

Salam ramadhan sis..semoga terus tabah & kuat hadapi ujian untuk sis..Allah maha penyanyang sis..DIA sebaik-baik perancang untuk kita, kadang yg kita suka itu yg kita xdpt dan kita x nak Allah bagi..sebab dia tahu apa yg TERBAIK untuk kita sis,mana tahu bila sis ada anak nnti, takut² sibuk urus dgn anak nk baca alquran pn susah, zikir pun terlupa...sbb kita terleka Skrg nie dh masuk 10 mlm terakhir ramadhan, teruskan berdoa..inshaAllah Allah akan kabulkan cuma cepat @ lambat,setiap sesuatu terjadi ada asbab nye..yg penting kita jd lebih positif, bersyukur & terus buat baik, semoga sis sekeluarga dalam rahmatNYA sentiasa..aamin

Iyaa betul tu.. Saat kehilangan anak, saya fikir mcm ni.. Banyak kemungkinan yang mungkin saya tak mampu lagi nak kandungkan zuriat.. Apa pun terima kasih untuk nasihat ini.. Jika saya sedih, saya akan ulang baca..❤

Waalaikumusalam. Saya bukan la pakar. Tapi saya ada sedikit ilmu yang saya rasa nak kongsi. Harap ini dapat membantu. 1. Teruskan amal ibadah puan. Saya sokong 100% 2. Puan terus fikir nak anak. Teruskan berfikir. Puan tak perlu fikir macam mana cara. Puan hanya perlu berangan puan tengah mengandung, tengah menyusukan baby yang comel. 3. Puan buat macam biasa. Saya tak pandai nak explain. Tapi ini ada kaitan dengan minda bawah sedar. Saya da cuba (dengan izin-Nya). Lepas 8 bulan perkahwinan saya. Saya dikurniakan anak lelaki (sekarang da 8 bulan) Puan cuba la. Kita tengok plk ikhtiar ni macam mana.

InsyaAllah.. Terima kasih share❤❤

Salam, sis. Allah itu Maha Bijak, Dia lah segala pengatur. Dia akan beri rezeki tepat pada masanya. Adik ipar saya pun mcm sis juga, sama cerita. Cuma dia keguguran 3 kali, lahirkan anak tak cukup bulan dan meninggal sehari kemudian sekali. Dan baru2 ni, alhamdulillah... Berkat doa, usaha, kesabaran, setelah 5 tahun, sis. Allah beri dia rezeki dapat anak. Baru bersalin 2 hari lepas. Alhamdulillah... Saya pun sujud syukur, menangis sebab gembira untuk dia. Allahu Akbar.... Allah itu Maha Besar. Jangan putus asa pada Dia. InsyaAllah.. Ada rezeki sis nanti. Saya doakan segala yang terbaik untuk sis. Aamiinn....

VIP Member

Allah uji sis ...sbb Allah syng,dua thn bknlah ms yg lm utk sis menanti ramai lg yg kat luar sn yg menanti lbh lm...Redha sis hby tu pengubat,sy sndr ada adik yg x mpnyai zuriat dia prnh mgandung tp zuriatnya gaib tiba2 lg besar dugaan dia...sy menanti zuriat yg kdua,anak yg sulung dah 10 thn br Allah bg rezeki..kata2 org sekeliling tu mcm2 tp sy telan sbb sy prcy selagi sy ada rahim sy bleh mngandung...dan sis juga bleh mngandung mngkin zuriat yg sblm ni tdk sht sbb tu berlaku keguguran walaupun sis dah jg ... insyaallah sis jgn pts asa,Allah tau bila ms yg terbaik utk dia berikan rezeki pd sis...

Maaf kak jika teguran itu menyakiti hati akkm Sy phm akk bersedih sgt atas apa berlaku. Apa yg sy cuba sampaikan cuba jaga hati akk dan sayangi manusia sekelilingi tanpa mengira kulit, darjat mahupun apa2. Allah sedang uji hati dan kekuatan iman akk. Sentiasa yakin dgn Allah dan doa dikuatkan rahim ketika hamil. Doa dgn jelas apa yg akk mahukan, Allah itu makbulkan doa hambanya. Jika akk minta hamil maka dia bg akk hamil tp minta lagi kat dia kuatkan rahim akk sehingga zuriat itu lahir. Sy juga hamba Allah yg lemah dan xalim mana. Tapi itu yg sy amalkan moga bermanfaat utk akk juga.

Waalaikumsalam puan, bersangka baik dengan Allah. Jgn putus asa, jgn putus harapan dan jangan putus doa. Allah maha mendengar. Ade hikmah kenape Allah uji puan, Dia sayangkan puan.. kenape Allah memberi pd mereka yang alpa? Allah jugak menguji mereka.. adakah mereka dpt mengasuh &mendidik anak2 mengingat Allah? Kenapa Allah tak beri sekarang? Allah nak puan selalu ingat dgn Dia, nak puan selalu berborak dgn Dia.. sejujurnye bile da ade anak nanti,mase puan terhad utk beribadah..kene tunggu anak besar sikit.. selalu bersedekah.. sabarnye puan. Sy doakan puan dikurniakan rezeki tak lame lagi. 🥰

Allahu.. tersentuh hati saya dengan kata2 puan.. Betullah.. Kadang kita perlu mendengar kata kata nasihat dari orang lain untuk kita muhasabah balik.. Terima kasih Puan sudi bagi kata kata nasihat untuk saya.. Semoga Allah merahmati puan sekeluarga❤

Sis. Sis kira beruntung keguguran awal. Sy sehari nak bersalin Allah ambil nyawa anak sulong sy. Cukup 9bulan, cukup pergerakan dlm perut, cukup sifatnya tapi apakan daya kuasa Allah melebihi dr segalanya. Sy berpantang tanpa anak, sangat perit. Tp sy redha. Sy percaya Allah akan bg tepat pada waktunya. Alhamdulillah Selepas 3tahun kehilangan anak sulong Allah bg rezeki anak kedua. Sempurna. Tepat pada waktunya tiada masalah kewangan, bisnes semakin kukuh, kehidupan semakin baik. Percaya pada Allah sis. Allah tahu apa yg terbaik utk kita hambanya❤️

Allahu Akbar.. Sabar yaa.. Saya turut berduka cita atas kehilangan permata hati.. Beruntung sis, ada anak syurga.. Anak menunggu disyurga.. Semoga Allah permudahkan urusan sis dan keluarga dunia dan akhirat..❤

Salam ramadhan... Setiap org punya cerita perit jerihnya utk mendptkan zuriat penyimpul kasih suami isteri...kisah saya rasanya xblh saya share disini takut mengaibkan suami..blh dikatakan sgt tragik..tp berkat kesabaran n terus berikhtiar/usaha saya 10 thn menunggu kehadiran roh dlm rahim ni..alhamdulillah Allah hadirkan dia dimasa yang sesuai & dalam keadaan diri saya betul2 sedia..🤲🤲 insyaallah lps raya ni kami raya ber👪..jgn.putus harapan ye kawan..fikir jer yg positif...Allah dah tulis perjlnn hidup kita..just follow n enjoy the show..

Alhamdulillah.. Tahniah sis.. Semoga zuriat yang bakal lahir memberi sinar bahagia dalam rumahtangga..❤

Takdir dan nasib kita tidak sama setiap org. Jangan pertikaikan rezeki org lain. Allah ada sebaik2 perancangan untuk kita sis. Sy pun dah 6 tahun kawin, 2 kali gugur... Bermacam2 dugaan dalam perkahwinan. Alhamdulillah, bila sampai rezeki anak untuk kita, Allah akan memberinya juga. Pesanan saya, jgn terlalu fikir, bila terlalu fikir kita yg akan kecewa. Redhalah dengan kerentuan Illahi. Alhamdulillah, kali ini saya di sahkan hamil 3 bulan, rezeki kita ada, cuma cepat atau lambat sahaja. Bersabar ya sis. Jangan berputus asa.

Sy berkahwin selama 8 tahun baru dikurniakan rezeki mengandung, masuk usia kandungan 5 bln, sy keguguran. Selelas 6 bln sy keguguran, suami sy pula pergi menghadap Ilahi.. Setiap manusia Allah SWT uji dgn ujian yg berbeza dan Allah SWT juga tahu kemampuan hambanya melalui ujian itu. Usia perkahwinan puan masih baru, sentiasa positif, kalau puan boleh mengandung, maknanya puan tiada masalah. Allah akan beri zuriat pada waktu yg sesuai utk kita.. Puan jgn rasa putus asa. Ada hikmah disebalik ujian yg Allah SWT beri...

Allahu.. Hebat ujian puan.. Allah sayang..❤

Soalan popular