Putus Harapan

Assalamualaikum salam Ramadhan buat semua.. Harapnya semua ibu ibu sihat walafiat.. Saya bukanlah tidak dapat terima takdir Allah. Bukan juga tidak redha. Tapi kadang2 saya tak kuat juga. Apalah daya saya sebagai seorang hamba selain dari menangis dan merintih. Saya dibesarkan dalam keluarga yang cukup agama. Dibesarkan dalam keluarga yang cukup besar. Saya dibesarkan dengan mengenal Tuhan sedari kecil. Dikurniakan suami juga datangnya dari keluarga yang beragama. Alhamdulillah saya dikurniakan ibu ayah mentua yang sangat baik. Ipar duai yang sangat rapat. Saya menantu sulong. Saya mahu bercerita disini kerana hanya ibu ibu disini yang memahami hati saya. Bukanlah saya tidak meluahkan sedih pada Allah, tapi itu biarlah hanya saya dengan Tuhan sahaja. Saya sudah berkahwin dengan suami selama 1tahun 9bulan. Lagi 3 bulan akan cukup 2 tahun usia perkahwinan kami. Dalam tempoh itu saya telah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Bermacam macam usaha kami suami isteri cuba. Berdoa, hafal zikir2 yang baik untuk mendapatkan zuriat, apa saja alim ulama bagitahu, suruh amalkan, suruh hafal kami suami isteri buat. Hafal, baca setiap malam lepas solat, baca dan baca mengharapkan ada keajaiban Allah buat kami. Itu hal rohani, secara zahirnya kami juga pergi berurut, kami amalkan minuman sunnah, makanan sunnah, kami beli supplemen untuk kesuburan lelaki, makan asid folid, amalkan makan kurma ajwa dan bermacam macam usaha kami lakukan untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki pada kami suami isteri. Bila saya tahu saya mengandung, saya amalkan bacaan Al Quran, saya zikir setiap masa, zikir supaya bayi membesar dgn sihat, zikir supaya bayi tidak keguguran, setiap masa hati saya ingat. Saya perlahankan semua aktiviti. Saya rehat, saya bedrest. Tapi Allah itu Maha Baik, Dia Maha Memberi, Dia boleh mengambil. Pada awalnya, saya menangis semahu saya. Saya merintih pada tuhan. Saya ceritakan kebahagiaan kami dan kedukaan kami satu persatu pada Allah walaupun Allah lebih mengetahui jalan hidup saya. Saya jadikan Allah tempat bercerita walhal Allah lah yang mengatur jalan cerita saya. Suami seorang yang sangat tenang, bait katanya melembutkan hati. Lama lama saya redha. Redha dengan ketentuan Ilahi. Lama pula kami merancang. Pergi ke klinik pakar untuk check, beli pula ubat ubatan yang bagus, beli kapsul tongkat ali, beli jus bermacam jus. Makan makanan sunnah, berdoa, bangun solat malam, bermacam2 usaha kami cuba lagi. Saya doa pada Allah "Ya Allah, Ramadhan ini aku mahu hamil" saya ulangi doa ini sehingga seminggu sebelum ramadhan saya disahkan hamil.. Kali ini Allah saja yang tahu betapa saya menjaga diri dan kandungan. Suami tidak izinkan kerja rumah satupun saya buat. Semua suami buatkan dari cuci baju, sidai, angkat, lipat dan semuanya. Padahal suami pun penat pulang dari kerja sambung kerja rumah. Ditakdir, kandungan saya gugur juga. Kali ini, ujian nya lebih lagi sebab kena refer pada pakar O&G. Masa dalam bleeding saya berdoa, saya merayu, saya menangis, saya meminta keajaiban Allah menjaga kandungan saya. Saya letakkan pengharapan yang tinggi, saya tidak putus doa, tidak putus asa. Tapi, apalah daya saya sebagai seorang hamba. Tentunya kuasa Allah melebihi segala galanya. Saya keguguran juga, kali ini tiada lagi air mata. Kali ini, hanya mampu diam dan menerima sebulatnya. Redha? Sudah lama redha. Cuma saya agak terkilan, bukanlah tidak menerima ketentuan Allah, tapi saya juga manusia biasa yang rapuh hatinya juga terkadang rapuh imannya. Saya dikelilingi dengan orang yang saya kenali. Bukan mahu buka aib, cuma saya agak sedih.. Kenapa Allah mudahkan urusan orang lain. Dikawasan rumah saya, kawan saya juga, masa kami sekolah dulu dia selalu lari rumah dan datang rumah saya, dia bagitahu ibu dia pukul sebab kantoi dengan lelaki dalam bilik. Dia juga bagitahu, dia sudah tidak ada dara. Dan sekarang, dia kahwin dengan suaminya yang dia kantoi dulu. Anaknya sudah ramai. 3 orang nak masuk 4 orang. Malah kandungan dia sihat, tidak ada apa masalah. Saya dikelilingi dengan orang yang maaf sangat saya katakan.. Orang yang tidak tutup aurat, Allah beri dia anak. Orang yang berzina, Allah beri dia anak. Orang yang hisap dadah, Allah beri dia anak. Orang yang hidup merempat, Allah beri dia anak. Kadang fikiran waras saya kata anak itu sebagai penolongnya. Tapi jika fikiran saya sedih, saya kata kenapa Allah beri anak pada dia sedangkan kami semua melihat anaknya tidak membesar dengan baik dan akhirnya meninggal kerana cuai sikap ibu dan ayah. Senang mereka dapat zuriat. Kadang saya cemburu, tapi saya sedar Allah Maha Mengetahuai. Ada nasihat untuk saya? Jika ada, bagitahu lah. Saya mendengar dan menerima.

66 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Walaupun kita sudah redha Ade ketikanye hati mengharap .. bila pregnant 1st excited sgt..bgtau fmly...tp gugur.. pregnant ke2 rase excited tu xde sbb takut..n rahsiakn dulu Dr fmly cume suami isteri juga Tau..xbuat keje berat..tp tetap gugur juga..mmg kdg2 sy Ade juge terfikir mcm puan, knp dorg tu yg perangai mcm tu mcm ni masih dikurniakan zuriat..sedangkan kite yg mcm ni msh belum dikurniakan zuriat..Allah je tahu ape yg terbaik utk kite..sama2la kite be sabar ye puan..sabar itu indah sebenarnya..cuma kite kuat atau x

Baca lagi
VIP Member

Bilangan anak ni bkn disebabkan dia baik atau pakaian dia tutup byk2.. Bkn jgk ikut anutan agama.. Kalau non muslim, ada anak jgk.. Kita kn hidup kt dunia.. Blom kt syurga lagi.. Kalau kt syurga, barulah org yg baik2 dpt mcm2.. Nak nak ni mcm2 kena usaha, kalau dh byk kli gugur, minta nasihat doktor.. Sbb doktor akan cuba cari punca nya.. Bkn siasat latar belakang ibu bapa tu bersifat baik atau x.. Diaorg akn cari punca secara saintifik.. Kita pula boleh berdoa selain tu usaha secara logik ikut nasihat pakar..

Baca lagi

Waalaikumusalam.. salam Ramadhan sis☺️ Iye kami yg membaca pun rasa sedih apatah lagi sis yang menanggung.. Tapi percayalah ada sebab kenapa Allah tidak hadir kan lg zuriat kepada sis.. Allah itu Maha Mengetahui, Allah lebih tahu bila masa yang tepat untuk dikurniakan zuriat.. Banyak kn bersabar ye sis, doa banyak2.. inshaaAllah ad rezeki zuriat untuk sis dan suami pada masa yang terbaik ingin Allah berikan.. Jangan putus harapan.. Have faith in Allah.. inshaaAllah Aamiin

Baca lagi
6y ago

Maaf sis.. Kadang kadang sekuat mana pun kita.. Akan ada jugak jatuhnya.. Terima kasih untuk nasihat ini.. ❤❤ saya dengar..

Sabar ye sis..jgn putus asa,sy pn pnh 2x kguguran..Alhamdulillah skrg wktu yg tepat Allah kurniakn zuriat bt sy dn suami,sblum ni mcm2 usaha sy dn suami bt,ada masa mmg rsa mcm putus hrapan tp sllu pkir Allah maha berkuasa,Dia memiliki segalanya..Sbnrnya Dia bg kt kita sgla yg kita perlu bkn yg kita hendak..Jd nikmat mana lg yg hendak kita dustai..Allah tahu bila waktu tbaik sis dn suami akn memiliki anak cuma jgn pernah putus asa,usaha slgi blh..😊

Baca lagi

sya tahun ni nak masok 4tahun.....sya upt pada 24/1/20 naik 2 line dsahkanengandung 12weeks....bahagianya hnya allah yg tahu...pada 4/2/20 sya d sahkn keguguran.....rasa ssh nak ckap khilangan cahaya mata yg selama ni sya tunggu....saya kumpul semangt n berkata pada diri...ada pelangi selepas hujan.....insyallah....kita merancang allah yg tentukn....sya doakan sis sentiasa kuat n ada rezeki yg sihat n dlindungi allah..amiin

Baca lagi
6y ago

Yaa sis.. kumpul semangat dan selalu bersangka baik dgn manusia mahupun dengan Allah.. Itulah yang menguatkan saya sehingga ke harini..❤❤ semoga ada rezeki kita..

Jgn begitu puan..saya kawen dah 8 thun..sekali gugur & anak meninggal dlm kandungan pd usia 34minggu..saya dan suami redha jika kami tidak d kurniakan anak.. Alhamdulillah berkat doa,usaha,tawakal saya ditakdirkan mengandung balik selps 6 thun kejadian anak meninggal..bln 12 thn lps saya selmt bersalin..jgn putus asa,doa selalu.. InsyaAllah Dia akan bagi pada masa yg Dia dah tentukan yg terbaik utk kita..🙂

Baca lagi
6y ago

InsyaAllah puan.❤

Takziah sis..harap sis n suami sentiasa kuat..sentiasa berfikiran positif..ada sebab knapa Allah belum beri sis zuriat..Allah lebih mngetahui..yg penting sis sentiasa juga istiqamah dgan apa yg sis amal slama ni..setiap org ada rezeki masing2.. rezeki yg berbeza..semuanya ada hikmah..saya doakan sis akan dikurniakan zuriat satu hari nnti dan zuriat sis membesar n lahir dgan baik..😘

Baca lagi

Sya 5tahun berkahwin ni baru mengandung anak 1st ,sbelum nya sya pun dah berkali2 gugur.. Tapi sya cuba bersabar jugak,sampai skrang baru boleh rasakan mengandung syukur yg teramat kat tuhan.. Smoga untuk sis tetap bersabar ikhtiar,smoga allah permudahkan segala urusan sis.jangan putus berdoa.rezeki smua datang dari allah,mesti ada masa allah bagi rezeki kat sis.

Baca lagi

Ingat satu sahaja. 1 sahaja. Di luar sana ada org yg jauh lebih menderita dan susah nya mereka menantikan zuriat. Di luar sana masih ramai golongan berkahwin yg masih belum mempunnyai zuriat. Mereka menantikan zuriat berpuluh tahun. Berbelas belas tahun lama nya. Pasti ada kekurangan dlm diri you atau rumahtangga you..yg youu x sedar. Fikir kan lah

Baca lagi
6y ago

Terima kasih atas nasihat sis❤

Ujian sis, cousin sy 10tahun khawin, kndungan masih gugur, katanya putus asa untuk berharap tp masih ikhtiar, xdsgka umur 35tahun diberikan zuriat, lpstu skrg mengandung untuk ank yg kedua, cukop sepasang lelaki perempuan.. ap2 sis kne bnyak bersabar,.boleh ikhtiar berubat dekat perubatan islam, mana tahu ada gangguan mahupon sihir..

Baca lagi