Anak Luar Nikah
Assalamualaikum mommies sekalian, Kebelakangan ini saya bnyk baca psl mommies yg berkongsi masalah hamil luar nikah.Disini saya ingin menceritakan apa yg berlaku pada diri sndiri,ini bukan tujuan membuka aib,ini adalah sebagai pengajaran. Saya dan pasangan terlanjur,sekadar nak cuba2 tetapi Allah takdirkan saya hamil jugak.Saya buntu masa tu jadi saya sorokkan kandungan saya,saya bekerja kumpul duit dngn tekad untuk larikan diri,masa tu saya belum beritahu pasangan psl kandungan saya.Lama kelamaan pasangan saya perasan perubahan yg terjadi pada saya lalu saya ceritakan hal sebenar ketika kandungan saya berusia 5 bulan.Pasangan saya terkejut,dia yg mengganggur terus merayau mencari pekerjaan sbb dia nak bertanggungjawab.Setiap kali checkup dia akan datang temankan saya walaupun dia tinggal jauh dari saya.Kami tidak pernah terniat menggugurkan kandungan.Sampai kandungan saya 7 bulan,kami pilih untuk berterus terang dgn family,mereka sangat marah,namun seminggu lps tu ayah dan ibu saya berjumpa family pasangan dan mereka berusaha untuk nikahkan kami.Ayah saya dan ayah dia pergi ke 3 jabatan agama islam,kedah,penang dan perlis serta berjumpa dngn mufti untuk mengesahkan adakah kami boleh bernikah. Ya,boleh bernikah.Sah disisi Islam cuma bayi haram diletakkan bin bapa ataupun dinasabkan.Hanya sebagai bapa biologi sahaja. Akhirnya selepas jerih perih bernikah jugak kami,selepas itu kami mula bertaubat,solat 5 waktu,mengaji,suami sentiasa beri perhatian pada saya,keluarga dan mertua juga sngt ambil berat tentang saya. Akhirnya saya melahirkan anak kembar,lelaki dan perempuan namun bayi perempuan saya meninggal dunia.Kini. kami membesarkan bayi lelaki dikelilingi keluarga yg supportive dan suami yg penyayang. Mommies,saya melalui penderitaan fizikal dan emosi selama 9 bulan kandungan saya.Saya pernah tidak makan,saya sakit sentiasa,saya tak makan apa2 vitamin kerana tiada duit.Kwn2 mengata saya kerana silap saya sndiri.Namun percayalah,jngnlah terniat membunuh anakmu,baliklah kepada Allah,bertaubat,terus terang pada keluarga,mereka akan marah namun tiada ibu bapa yg sanggup membuang anak sendiri. Mommies,buka buku pink walaupun nurse maki ataupun mengumpat psl anda,jngn mengalah wlaupun dpt pasangan yg perangai sial kerana anda mampu kuat jika anak anda bersama anda.Terus kuat mommies,percayalah setiap kali mendengar degup jantung anak setiap kali itulah anda akan develop rasa sayang pada anak.Anak itu anugerah,anak itu halal walaupun datang dari hubungan yg haram.Tutup telinga dari cacian org.Setiap org buat dosa,cuma perempuan mcm kita ni senang org tau kalau buat dosa.Mommies,jaga anakmu,apa pun yg terjadi jagalah anakmu.Sekurang2nya kamu ada sekeping tiket untuk kesyurga Allah. Minta keampunan Allah SWT,sesungguhnya jika kamu bertaubat,Allah akan bukakan jalan terbaik untukmu. Sekian tulisan panjang bejela seorang hamba Allah anak satu.