Alasan apa pun taktau pasangan dingin

Situasinya jika suami atau isteri dingin tanpa sebab atau boleh jadi sebab ttg perkara remeh. Apalagi tinggal d rumah mentua sblh suami atau isteri. Yg as menantu dlm rumah tu yg dingin tanpa sebab. Okey. Bukannya sy mahu minta tolong tapi mahu menasihat. Benda ni bila berlarutan mungkin smpai menyebabkan stres dan airmata pun jatuh sbb x tahan keadaan ni.. nasihat sy, jngn biarkan keadaan berlarutan.. perkara ni nanti menimbulkan andaian yg tidak baik. Kepada yg dingin kpd pasangan,, kamu perlu ambil masa dan jgn lama2 rasa bnda tu. Walaupun marah sekali pun atau tersinggung, ingat balik benda apa yg pada awalnya kamu berdua janji untuk bersama. Ingatlah pasangan kamu pun ada perasaan. Jangan anggap dia macam budak2 kecil yg tidak boleh belajar dgn lebih baik walaupun berkali kali mengajarkannya. Sebagai kamu yg lebih tahu dan mungkin lebih jauh matang dari segi tindakan dalam mmbuat kerja atau apa2 lah kelebihan kamu dan sdgkan kelebihan kamu berlawanan dari pasangan (keburukan) ambillah saat yg ada untuk mengajarnya tanpa push seperti budak2 yg tdak reti bahasa. Dia tahu apa kekurangan nya dan secara yg kamu tahu sblm kahwin pun , sudah tahu apa kekurangnnya. Jadi ambillah peranan saling melengkapi. Kalau iya tension sbb susah push psngn utk melaksanakan tanggungjawab yg mungkin bgi kamu dia sudah lalai, bawa dia dngn tenang bentukkan dia.. dan paling penting komunikasi, saling mempercayai dan DIRECT bagitau apa yg kamu mahu dan apa yg dia mahu?? Macam tu. Tahu ia bukan mudah apalagi kalian pasangan baru setahun dua menikah tapi inilah namanya rumah tangga. Berhentilah melama-lamakan konflik dalam rumah tangga. Masih boleh sehaluan, sehaluan lah. Masih sayang antara satu sama lain teruskanlah. Kenapa perlu panjangkan dan rumitkan keadaan. Boleh makan kah dgn tenang? Boleh buat kerja kah dgn tenang? Ambil lah masa, bina lah diri lebih baik, dan jangan push push push. Itu tidak baik. Tapi janganlah melama lamakannya. Kalau kamu sebagai islam, fikirlah dosa kamu tu. Ada solat 5 waktu ke tidak? Masih ingat dosa kan? Kalian sesama pasangan kena hormat antara satu sama lain. Kalau susah mahu hormat, tunjukkanlah peranan kamu as laki atau bini tu dngn baik. Bukan sbb mahu jadi baik tapi untuk diri sendiri juga. Kalau bukan untuk diri sendiri , ia untuk anak2. Kalau bukan anak2, untuk family korang yg skrg dan juga ayah ibu mertua. Buat apa mau kahwin kalau begitu... okey lah. Dengannn... untuk para pasangan yg kena angin tu, kita pun perlu peka. Mungkin bukan salah korang dan bukan puncanya kamu. Ada banyak sebab pasangan begitu. Kalau pasangan tu kerja, dia penat kerja. Kita pun kena faham. Kalau dia asyik2 kasih angin padahal korang x buat salah apa pun tapi korang rasa memang ada yg pasangan sengaja buat begitu sebab kamu, satu benda. Tegur baik2 tanpa menaikkan suara atau tidak terus marah. Tanya dan ambil hati. Walaupun ada ego, bolehlah tahan sehari dua tidak tanya tapi sudah pasti hati tu nanti x puas hati. Oleh itu, korang tahu lah apa dia suka, cuba2 pancing. Atau boleh terus cakap DIRECT, tu pun kena dengan suasana. "Cakap, apa abg/syg nk betul2" tapi selalunya cara ni kena bila pasangan tengah betul2 mahu cakap sesuatu. Kalau dia diam2 buat2 malas, mmg dia "entah." Jadinya, kita as pasangan ni makan hati. Nanti2 pasangan yg dingin tu boleh pula bagi kata2 siapa yg terasa dia yg makan cili. Amboi.. Kalau kena saya, sy upload dkt status meaning perkahwinan yg sebenar. Luah d status secara indirectly. Yang kena2 sikit saja asal pasangan baca..😁 tak kisah dia rasa apa lepas tu then buat2 tak tahu.. tapi yg paling penting, sy akan tetap jaga makan minum dia. Walaupun x dpt sngt, sy akan bgi dia minum minuman yg bertenaga dan membaiki hormonnya balik. Sy tahu salahsatu sebab tu adalah hormon dan juga penat bekerja. Itu salah satu ikhtiar. Selain tu bersabar. Dan teruskan elak dari buat apa2 kesilapan sementara pasangan dingin. Ha biar dia dgn angin x betul dia tu. Nanti2 okey. Kita teruskan perbaiki kelemahan jika mampu. Tau bukan senang tapi inilah ujiannya..😊

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sharing is caring...tq Sis sbb kongsi pengalaman utk dijadikan pengajaran dan pedoman kpd semua

4y ago

Iya sis welcome.. Kita sama2 bangun dan prjuangkan rumah tangga kita.. Semoga keluarga sis sihat walafiat dan diberkati Tuhan amin ☺️☺️☺️