Nipple tak berapa nak timbul.

Assalamualaikum mommies. Sebenarnya since daripada belum kawen lagi risau pasal nipple tak bape nak timbul ni. Alhamdulillah selepas 7 bulan berkahwin, tak sangka Allah beri peluang untuk jadi bakal seorang ibu. Sekarang dah mengandung 8 minggu 5 hari. Breast makin membesar, tapi nipple still camtu. Ada tips tak untuk nipple kekal timbul dan memudahkan baby nanti untuk breastfeeding? Terima kasih awal2 sy ucapkan dan harapkan tips daripada mommies semua. ?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Masa mandi sis urut2 puting. Adik sy nurse, dia pesan mcm tu. Bg puting keluar. Takutnya nanti lepas bersalin tak timbul juga kalau tak buat. Akak ipar sy dia biarkan. Lps bersalin tak timbul. Terpaksa dia bg susu formula. Sis try urut2.

5y ago

Tq sis. InshaaAllah sy cuba nt 😊

Sama mcm sy.. first pregnancy nipple x timbul so baby susah nk isap.. sy try berurut and bg baby isap juga.. lme2 nipple tue terbentuk sendiri.. don't worry k..

5y ago

Itulah, sy ada dgr jgk mcm ni. Tp risau tu ttp ada huhu. Btw, tq sis 😊

Jangan risau sis sama nipple saya pun tenggelam. Tapi alhamdulillah anak boleh je menyusu. Start masa mengandung 7bulan sis boleh tarik2 nipple supaya nipple timbul sikit.

5y ago

Alhamdulillah. InshaaAllah sis, tq 😊

VIP Member

Macam saya jugak dulu. Lepas tu makin besar kandungan, breast ikut besar jugak & nipple pun ikut timbul sama. Masa mandi tu rajin2 la tarik nipple sikit2

5y ago

InshaaAllah. Tq sis ye😊

Awal2 baby nk start nyusu mmg problem sikit.. Kene tarik2.. Kene tolak dgn tangan sumbat dlm mulut baby.. Tp bile baby dh hisap, ok je..

5y ago

Tq sis, inshaaAllah sy cuba nt

VIP Member

Untuk permulaan if baby susah hisap sis beli nipple shield. Boleh google tengok fungsi dia. Lama2 nipple akan timbul sis jgn risau ye😘

5y ago

Yeah get ready utk beli benda tu. Tq ye sis 😊

VIP Member

saya pun nipple x timbul sgt. masa awal2 nak bf baby sedikit sukar. tapi lama2 baby kerap menyusu nipple timbul sendiri.

5y ago

Hope jadi gitu jgk, inshaaAllah. Tq sis 😊

Sy pun nipple x timbul tp sy bf baby okay jg baby dpt hisap smpai skrng da 10 bulan

5y ago

Sis yakin ja blh tu

Me too... Tp alhamdullilah baby mnyusu ok, kne masukkn btul2 k dlm mlt bby

5y ago

Alhmdulillah. Tq sis 😊

Kakak sy camtu, lama2 nanti dia akan timbul. Awal2 ja baby susah sikit.

5y ago

Okay, hope jadi camtu jgk. Tq sis! 😊