sedih + rasa nak hidup sorang dengan anak

Assalamualaikum mami semua, minta maaf kalau saya share dekat sini. First of all, saya rasa saya dah tak mampu jadi isteri yang baik untuk suami saya. Kenapa saya cakap macam tu ? sebab agama kami berbeza + selepas dia convert masuk islam saya rasa memang tak yakin yang dia ni ikhlas nak masuk agama islam. Saya baru je nak setahun berkahwin + baru je lahirkan baby bulan november last year, bukan nak buka aib tapi rasa macam tak worth it kalau hidup bersama. Sedih + kecewa la juga bila balik kampung suami diSabah terus dia lupa diri belum lagi aib aib yang lain. Kadang kalau boleh diputarkan kembali saya lebih rela tidak berkahwin.

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

try cri ustaz or ustazah tuk beri bimbingan... ajak husben pergi majlis2 ilmu yg ada brdekatan dgn tmpt puan .skrng dkt msjid pun byk mjlis ilmu blh kita attend .. atau rujuk pd pakar kaunseling dan minta nasihat..bila convert perkara ni adalah sgt2 berat..dr segi bimbingan n etc...kita prlu pkirkn bagaimana nk uruskannya..waktu tuk pembelajaran dan sbagainya..byk nk kena brkorban ms pd awal2nya sblm dpt manisnya...kena ada circle yg btul juga yg mana ada kwn yg blh ajak husben tu ke arah spttnya dan tlg bimbing sm2 husben puan dlm agama .trmsuk juga sokongan dr keluarga mertua.. byk sbnrnya tmpt rujuk kita blh rujuk skrng ni blh juga pergi msjid mintk tlg dr imam juga mcmne nk guide husben .selain bli kan buku2 agama ,pergi perkim dan sbgainya..skrng dkt msjid pun ada tmpt pengislaman mualaf..blh rujuk masjid brdekatan..jika di selangor dkt cyberjaya masjid raja haji fisabilillah tmpt pengislaman terbesar..ustaz sy bgtw sbb bnda ni bwh dia sy pnh rujuk ustaz yg guru ngaji sy ni ttg mcmne proses convert dr nonmuslim ke muslim..sbb adik lelaki sy bakal isteri dia nonmuslim dr sabah ..selain drpd itu....dlm ms yg sm diri kita sndri pun kena mainkan peranan jika nk guide saudara baru kita..contoh kita kena jg solat 5 waktu kita..mengaji.. bila husben tgk tang agama kita ni kita jaga .in shaa Allah even slowly but surely psti dia pun akan berubah tuk bljr agama islam...puan kuatkn smgt k.....mg dpmudahkan segalanya Allahuma Amiin

Baca lagi

Allahu.. Ya, itu sebab tak digalakkan muslimah kahwin dgn non Muslim even dia convert sbb perkahwinan sbb tugas suami yg membimbing isteri. Jika bakal pasangan dah belajar tentang Islam dgn baik dan dia sendiri yg nak masuk Islam, dan restu ibu bapa kena ada. Ramai ibu bapa yg resah bila anak perempuan nikah dgn yg baru peluk Islam sbb risau bimbingan agama tu lah. But, it's OK. Bawa berbincang elok2 dgn famili puan, adakah perceraian jalan terbaik? Atau, dapatkan nasihat drpd pertubuhan yg membimbing saudara baru macam PERKIM dll. Atau puan dapatkan kaunseling drpd kaunselor keluarga. Kaunseling utk diri puan untuk kuat kan diri hadapi ujian ni. Bila puan dah rasa yakin dgn diri dan nekad, puan akan tenang buat keputusan yg baik bagi semua pihak. Allah permudahkan urusan puan

Baca lagi

tiada yg lebih kuat selain dari kuasa doa tiada1 bole tandingi doa seorang isteri untuk suaminya even doa mamk dia sekalipn jngn down dulu itu ujian perkahwinan puan tiada isteri yg baik" saja d dunia ini puan semua sedg berhadapn dengn ujian masing-masing perkahwinan puan pn masih muda msih panjang lagi dn bnyk waktu lagi untuk perbaiki semua bukan terlambt lagi" ada ank sda... coba renung"kn ya ❤❤❤dalam perkahwinan ni sabar, syukuri, jalani dengan ikhlas itu kuncinya bukan seng untuk menjdi seorang isteri sebb itulh janji Allah isteri isteri yg soleha tempatnya syurga Allah.. kita sebagai hambanya yg bergelar isteri kita mesti redho dengan ketentuannya hnya perlu kuatkn lagi sabar dan iman kita sebab syurga bukan percuma🥰🥰🥰good luck

Baca lagi

hai sis,sy dri sabah sgt fhm dengan situasi sis,mmng sy xnafikan kn kt sabah bnyk yg convert sbb nak kawin,,mgkin sis ble bgi masa dlu bru setahun bgi masa kat husb sis,usaha bimbing ada perubhn sikit pn ok da sbb sblm kawin khdupn dy da terbiasa mcm tu org2 sekeliling dy terutmanya fmly org2 kg,so mmng take time la nk ubh semua tu,sis kna bnyk2 sabar la lapangkan dada terima ja dlu. ble try minta nasihat ustaz ustazah atw mana2 kaunseling btw abg ipar sy pn convert alhmdullih kaka sy bjya ubh pelan2 .skrng da 4 ank,ingt lg masa mula2 akak sy kawin kes mcm sis la..tpi pelan2 abg ipar brbh ke arh lebih baik.

Baca lagi
3mo ago

terima kasih sis sebab faham. Kadang nak menangis rasa, dah berjanji tapi tak tepati. Family dia yang convert pun buat benda yang sama macam dia buat, Allahu kadang takut nak besarkan anak disini sis.

Memang susah isteri nk bimbing suami bab agama lagi2 yg convert sbb kawin bukan sbb dia minat islam. Sis bykkn berdoa dan minta pendapat ustazah mane2 yg boleh bimbing. Mungkin suami perlu guide dr lelaki lain juga contoh keluarga sis ke abg atau bapa ke cubalah bincang baik2. Sikit sebyk sis mmg bertanggungjawab ajar dia sbb dia convert utk kawin dgn awk. Bg peluang tp jika dia yg xnk belajar dan tolak mungkin berpisah jln terbaik cuma buncangla dgn keluarga juga ye. Moga dimudahkn urusan awk

Baca lagi

First bg suami peluang & mse utk brubah.. dia saudara baru bkn snang nk adapt dgn agama bru.. kte yg lahir2 islam pun byk lg salah silap nye.. ble hdup b2 nie kne paham, x smestinya kne bahagia 24 jam.. memg lumrah perkahwinan kdg ada badai mlanda.. sye x tw ape lg ujian perkahwinan awak, tp selagi mampu btahan, btahan la & bg pluang pada psangn utk brubah.. klu awak da bg pluang & dia sia2kan, tpulang pd awak utk amek kputusan yg lain..

Baca lagi

Semoga ujian sis yg dihadapi sekarang ni menjadi asbab sis masuk syurga nanti.. memang sukar bila perempuan yg kena bimbing suami.. effort kena 200% tapi mudah-mudahan suatu hari nanti suami sis lembut hati dan betul2 serius mendalami agama islam sebab suami sis sdh lahir dan membesar sebagai non muslim jadi janganlah expect dia belajar agama islam ini dengan segera.. sy doakan yg terbaik buat sis dan keluarga 🤲🏻

Baca lagi

Allah. ujiann buat awak sebagai isteri. semoga Allah permudahkan segala urusan awak yaa 🤲🏻

tak berani nak comment apa apa but saya doakan sis dipermudahkan segala urusan 🥹

pergi kaunseling ke