Vitamin

Assalamualaikum ibu2 maaf menggangu saya sebelum pregnant 3bulan awal dah amalkan folic acid beli di farmasi yang kuning kecik tu hari2 saya makan sampai saya disahkan hamil.. masa 4minggu kandungan saya dah bukak buku pink di KKIA kg cheras baru.. Nurse bekalkan saya zincofer pil merah tu sahaja.. dia kata takyah dah makan folic acid sebab zincofer dah ada folic acid semua dalam tu tak perlu risau katanya.. sekarang kandungan saya baru masuk 4bulan masih lagi makan zincofer hari2 sebelum tido ubat tu sahaja saya makan tak da tambahan ubat lain kecuali ubat tahan muntah tu je.. haritu baru mintak stok nak abis saya mintak dia bagi zincofer lagi.. kat sini saya nak tanya saya tengok ibu2 lain ada yang makan dua tiga jenis vitamin masa hamil kenapa? Dan kenapa saya dibekalkan satu jenis sahaja??? Dah masuk 4bulan takkan masih ubat yang sama?

38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda keperluan vitamin bagi setiap ibu mengandung adalah berbeza. Namun begitu, biasanya setiap ibu hamil dibekalkan dengan multivitamin seperti zincofer atau obimin yang mengandungi beberapa jenis keperluan micronutrient untuk kehamilan seperti zat besi, asid folik dan vitamin B. Sekiranya anda tiada sebarang masalah atau komplikasi ketika kehamilan, vitamin inilah yang biasanya dibekalkan sehingga akhir kehamilan. Anda juga disarankan untuk mengambil susu sekurang-kurangnya 2-3 gelas sehari bagi memenuhi keperluan kalsium anda dan bayi yang sedang membesar. Selebihnya, makan makanan yang seimbang dan minum air yang cukup serta kurangkan pengambilan gula, garam dan kafien. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi