Perlu tukar sekarang atau tunggu next appointment ?

Assalamualaikum. Nak tanya. Masa First check up nak tahu pregnant tu doctor bagi 4 jenis ubat. Folic acid. Iron Tablet. Vitamin B Complex. Ascorbic Acid. Second check up (01/06/2020) Dah cakap dekat nurse ubat dah habis makan. Lepas tu nurse bagi Zincofer ubat merah tu. Saya cakap dekat doc nurse bagi Zincofer. Then doc just bagi air garam sebab saya masih muntah2. Tu je. Tak ada apa² ubat. Balik KK saya tanya kakak saya pasal ubat tu. Kakak explain la sebab dia pernah makan ubat tu. Ubat tu merangkumi semua. Kakak saya tak tahan ubat tu muntah² pening semua. Kakak saya pun cakap kawan² dia pun tak tahan ubat tu. And saya tanya kawan doc saya. Dia pun cakap ubat tu kuat sikit ada effect. Muntah pening² semua. Tapi dia cakap merangkumi semua. Ada Folic Acid. Ascorbic Acid semua. Saya cuba makan sebiji. Sebelum tidur saya makan. Sejam lepas makan. Saya terjaga dah mula pening. Tidur asyik terjaga sampai subuh bangun terkejut terus muntah. Lepas dari tu setiap jam saya muntah banyak. Satu hari lembik tak larat sangat sebab muntah setiap jam. demam sikit. Sampai sekarang saya tak makan ubat apa². Jadi saya kena tukar ubat sekarang atau tunggu je next appointment 06/07/2020 ni baru tukar ubat ? Tak apa ke tak makan apa² ubat ?

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sama la . saya pun ubat zincofer . entah dah berapa papan habis . memang effect dia mual apa semua . srs memang tak selesa . saya hari2 tidur subuh , tinggikan bantal sebab tak selesa . kadang time baring , kalau sendawa pun air asid tu keluar haha . saya tak boleh buat apa² . saya makan je sebab saya fikir anak saya . time tu hb sy low , nurse bagi ubat tu . katanya baby perlukam banyak darah . so sy pun paksa jela makan . saya malas fikir diri , saya fikir anak je 😂 .

Baca lagi

Awak beli maltofer je. Saya pun doc bagi zincofer masa awal awal buka buku. Saya boleh telan sepapan je. Baru ni checkup nurse cakap beli lah iberet ke maltofer ke dekat farmasi. Tapi mahal sikit lah. Depa tak ada provide. Saya beli maltofer je. Sedap. Perisa coklat. Kemam je. Rasa macam makan coklat. Sampai suami saya pun teringin sekali nak makan ubat coklat saya tu 😂

Baca lagi
VIP Member

Sy pun sama sis. Tp nurse suruh makan waktu lain pulak. And makan zinctofen tu dgn air jus. Mcm sy minum dgn air epal peel fresh . Alhamdulillah apa yg dia suruh buat tu, takde rasa pening dan muntah pun. Sy makan sebelum lunch atau 2 jam lepas lunch. Sis boleh cuba cara sy ni ☺️ ubah waktu makan ubat tu. Sbb ubat ni mmg wajib kena makan.

Baca lagi
VIP Member

Boleh tukar sblm smp tarikh appointment baru. Just jmp nurse kk minta tukar. Dr kandungan 1st smp ketiga sy boleh telan yg 4 serangkai je. Mkn zincofer muntah2 lembik mcm apa dh. Lunyai abes la. Mkn sblm tido ke, awl pg ke dgn mknan ke semua try dh. Xjln. Mkn 4 serangkai lg bgus. Xyh beli ubat luar.

Baca lagi
4y ago

Ye sy pon prefer yg 4 serangkai tu. Kalo dorg offer yg zincofer tu mmg sy xnk. Tp br ni nurse baru tu pksa gak sy amik zincofer katanya lebih bgus dr 4serangkai. Sy dh ckp sy xleh. Sy akn lembik whole day kat ofis, dia pksa gak & suh sy mkn b4 tido. Setakat ni dh 5 ari mkn. So far sy xpening keesokan hari. So i just continue dulu mkn benda ni tgk cmne

Ubat mesti mkn sis lagi2 kalau sis masih d awal kehamilan .. tu untuk pkembangan bby.. either sis beli ubat dari luar or makan je ubat tu utk smntra.. nnti another checkup sis explain dkt nurse yg sis xblh mkn ubat tu..

4y ago

Yes.. slgk sis mkn yg ada skli folic acid should be ok la sis

wslm. sis try mkn ubat dgn jus buah ke air sunquick sblom tido tu. sbb saya mkn zincofer dari mula pregnant. okay je. kalau muntah jugak sis tukar ubat. try msg nurse yg selalu sis jmpa kat klinik tu.

4y ago

ye try dlu. kalau tak boleh jangan paksa jugak. mintak tukar. sbb vitamin ibu ada byk jenis.

Sis blh call kk tnya blh tukar ubat x. Sbb vitamin2 mcm tu nurse pn blh bg xperlu jumpa doc. Haritu sy terputus ubat, sy pegi je kk mintak dgn nurse.

Boleh tukar balik ke ubat yg 4 serangkai tu. Sye pun mkan tu smpai kandungan 3 bulan. Lepas tu sye smbung mkan vitamin shaklee smpai skarang da 35w

4y ago

Sy pun makan set shaklee ni jgk . alhamdulillah, semua ok . Sbb ubt KK bg sy xboleh telan 😂 nak muntah balik .

VIP Member

Cuma bg sy jgn cuba lg utk tukar ubat lain. Dah sampai masa appointment nanti, baru sis bgtau nurse, tak boleh mkn zincrofen.

Sama. Badan sy xleh terima Zincofer. Awal2 je ok. Now ingt nk tukar obimin. Sblm tu sy consume je dlu mana yg ada