Alahan semasa mengandung

Assalamualaikum ibu ibu semua . Saya mengalami alahan yang sangat terok sampai muntah setiap masa . Saya xtau cara apa lagi untuk mengurangkan rasa loya ni . Ada x sapa sapa yang boleh memberi tips untuk mengatasi masalah alahan mcm ni ? Kesian baby 🥺

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

normal bagi 1st trimester masih loya alahan bau muntah² tu. masa saya haritu makan pun tak berselera sampai berat turun banyak tapi masih makan bubur nasi je yg boleh ditelan. tak larat nak masak sendiri sbb alahan bau tumisan bawang cili so minta suami tolong masakkan. elakkan makanan yg pedas² nak rasa pedas sikit je manja² rasa pedas tu sbb bila muntah tekak tak rasa sakit & rasa loya tu tak makin teruk. makan sikit² dulu. bila rasa lapar makan lagi. kalau boleh telan nasi sebutir tu bagus lah boleh makan dgn lauk pauk sedap² tapi saya masuk 3bulan baru ada selera makan macam tu. kurangkan makan asam² & berminyak. banyakkan makan buah² yg lembut. masa saya kalau makan buah yg keras & berkulit memang kena kupas kulit buah tu sbb kadang² muntah jadi tersangkut kat tekak tu jadi perit masa muntah pastu tekak luka. apa² pun enjoy the moment.

Baca lagi

jangan bagi perut kosong..makan sikit2 tapi kerap. saya banyak makan biskut dan buah apple ja semasa alahan.

makan buah sis.. oren, tak pun minum oren sunquit

sy hilangkan koya makan asam je selalu....

Dah jumpa doktor beritahu?

minum air kelapa