Tentang Kehamilan

Assalammulaikum semua. Nk tnya masa tgh pregnant blh x Nenas dgn air tebu. Saya masih mencari jawapan. Terima kasih

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya sebelum tahu pregnant memang teringin nenas. Tapi tak jumpa yang manis. Tiba tiba pregnant so tahan je sampai dah masuk 4 bulan haritu baru beli 3 ketul yang dah siap potong. Jadi la buat merasa. Sebab MIL tak bagi makan banyak banyak risau juga kan takut kita yang tak tahan. Rasanya kalau nak makan tu boleh tapi jangan la berlebihan. 2 3 ketul cukup la sekadar buat rasa. Air tebu setakat ni takde minum lagi sebab tak de rasa nak minum. Banyak minum air kelapa je.

Baca lagi
4y ago

Tak pasti la awak. Tapi saya haritu tahu je pregnant masa 6 weeks tu dah minum dah. Sebab nak elak mual. Hehe

VIP Member

Sy dulu masa mula pregnant ada minum air tebu, masa berbuka puasa ramadan. Masa tu xtahu lg. Adalah dlm 2 3 hari juga. Dh masuk trimester ke2 baru tahu xbole, tp tengok atas badan juga sama ada bole terima ke x. Dan yg nanas tu sy mmg makan, tp nanas yg manis2 tu je sbb mmg jenis xsuka makanan masam. Alhamdulillah badan bole bawa, skg bila tau dh bole dgn dgn nanas dan tebu, jd makan je mcm biasa cuma bukanlah dlm kuantiti yg banyak.

Baca lagi

sy dua2 sy telan. nenas tu mkn yg masak yg manis dh tu. air tebu pun sama telan jgk. mertua sy siap ckp 'kenapa org dulu2 larang pun tak tau. tajam la katanya tp cuba kita fikirkan balik, kita cuma ambil nutrisi daripada buah2an tu bukan dari fizikal bahan buah tu. boleh mkn tp berpada2'. mertua sy cikgu pencen 😄

Baca lagi

klu jwpn fkta..mmg la bole. aslkan tdk berlebihan. tp sbg langkah brjg2.. kta elakkan je lah. tak lari gunung dikejar.. abaikan je rse tringin tu. nenas dgn air tebu tu kategori buah tajam org dlu2 pgil. kita ikut je la. sbb kta xtau kondisi tbuh bdn kta mcmna..elak lebih baik dr mghdapi risiko.

Baca lagi
VIP Member

Mak mertua & mama saya cakap elakkan nenas. Sbb tajam. Sy tak sure lah cuma apa yang diorg ckp saya xmakan lah. Ad sekali tu saya pg ke klinik. Doktor tu bagi nasihat jugak. Untuk first months elakkn buah buahan seperti durian, nenas, mangga muda kalau xsilap. So far tu je lah.

Baca lagi

waalaikumsalam, yang saya tau and baca. boleh je.. tapi bagi saya, walaupun boleh. takda fakta pun mengatakan nanas ni punca keguguran lah apa.. kadang ada jugak rasa, takpalah lebih baik elakkan dulu selagi boleh elak...

Baca lagi

kalau ikut cara moden macam saya boleh je sis asalkan awak takde allergy dengan nenas dan tebu haha .. tapi jangan hadap macam tiada hari besok pulak kang sangkut gdm sebab dedua tu tinggi gulanya

dlm TAP ni banyak artikel pasal keguguran bukan berpunca dari makanan. awk kena tahu apa ja mkanan or minuman yg awk ALERGIK, jd elak ambik. nk mknan pun jgn la sampai overdose pulakkk...

boleh je.. bagi saya air tidak akan membuat kandungan gugur.. rahim lemah adalah punca keguguran.. so minum je.. tetapi jgn la minum banyak sangat.. cukup untuk rasa ok la

seeloknya kalau trimester pertama elakkan...sbb kita xtau kondisi rahim kita mcm mana...kalau dh hujung² trimester buleh laaa makan tp berpadalah...