19 Balas
Sy czer juga sis. Cara sy lepas bagi direct every 2h, sy bagi juga susu yg da dipam guna syringe/feeding cup dlm 1-2oz. jadi anak sy dulu, almost setiap kali feeding dia berak tahi kuning. ada masa dia kencing je byk. cuma anak sy prolong jaundice, 3 minggu juga baru betul hilang kuning. Tapi depends pada doktor juga sis sbb biasanya doktor monitor & minta ulang alik check kuning bby ni dalam tempoh 14 hari kelahiran bby je & tak semestinya ulang alik everyday. Mcm sy ada hari bacaan kuning yg turun mendadak, pastu doktor gapkan dtg semula kk after 2-3days. Lepas 14 hari klo tak turun ikut bacaan normal, bby mmg kena tunggu appoint amik darah je. doktor share lepas bby 14 hari if kuning bby masih tinggi, doktor akan amik darah bby untuk check nk tgk ada masalah: 1. usus (mcm usus bby kecil ke) 2. darah (dlm bdn bby ada darah ibu & bby, so bby tolak darah ibu ke dia nak guna darah dia sendiri tapi bby kecik lagi jadi hati dia xboleh nak cerna) 3. thyroid 4. kencing (ada jangkitan ke apa) so, klo xde semua isu di atas, barula prolong jaundice sbb susu ibu. tapi dia kate even sbb susu ibu pon, teruskan je bf sbb no harm dekat bby. Dia kate ibu, buat penat je klo fikir byk2 sampai stress. ibu rehat byk2 susukan bby dgn kerap je. Mcm sy hari appoint utk amik test darah sbb apa kuning tu, kuning bby dah turun normal so, doktor xjadi amik pon darah & just conclude bby sy prolong jaundice sbb susu ibu. Sis boleh try cara lain nk reduce kuning: 1. sewa lampu phototherapy (ni probably boleh ask suggestion from kk/hospital mana nak sewa). 2. ibu minum susu kambing & continue breastfeed bby. 3. ibu pantang makan jamu, halia, kunyit, lada hitam & continue breastfeed baby. 4. topup susu fm. 5. if sis nak bby try mandian kucai, mandian guna herba sensei ke apa up to you. as long as petua yg tak memudaratkan bby. & bukan petua yg kena suap apa2 dekat bby. sbb bby bawah 6 bulan boleh minum susu ibu/fm sahaja. lain bby lain, sesuai utk anak dia, xsemestinya sesuai utk anak kita. klo sy, petua lain mmg sy xikut just focus bagi susu je dekat bby. sbb nak bagi bby kerap kencing & berak baru kuning cepat turun. tanda bby cukup susu, bby kerap kencing & berak. air kencing warna jernih. bila berak tahi berubah jadi warna kuning mustard. & berat bby naik. sy doakan semoga anak sis cepat turun kuningnya. aamiin yra
waalaaikumusalam kalau saya, saya buat tips ni.. 1. sebelom gi klinik check kuning saya mandi kan baby dengan daun kucai. daun tu saya ramas ramas campur dengan air mandian baby. 2. ibu makan anggur hitam sebelom susukan baby. ada petua bagi baby setitis air anggur hitam. tapi saya tak berani. so saya yang makan anggur tu dan susukan baby.. supaya baby sentiasa berak. 3. saya guna susu formula terlebih dahulu. tapiiiii kene sentiasa pam dan simpan kat freezer(tahan 6bulan) atau peti bahagian atas(tahan 3bulan). supayaa susu badan sentiasa adaa. takde laa susu badan drop nanti 4. doktor tak bagi ibu makan bawang putih, halia, kunyit, jamu, lada hitam. tapi kan kita pantang mesti nak kene makan jugaa halia bawang putih tu kann.. so tulah saya cadangkan bagi susu formula dulu nnti kuning baby da normal nak bagi susu badan balik bagilah tulaa pengalaman saya. memula check kuning 258, masuk wad 3hari turun 208 pastu esoknya 195. 2hari lepas tu naik balik 201 sebab saya masatu ikhtiar bagi susu badan je. lepastu terus ikhtiar macam yang saya bgithu kat atas tuu 3 hari lepastu terus turun 163 pastu turun lagi 66.. doktor saya cakap biasa kuning normal 85 kebawah
saya czer jugak, hari ke 30 berpantang baru kuning anak saya turun 61 dan tutup buku. hari ke 22 misi amik darah di tengan baby utk check darah okay atau tak & amik sample urine jugak. alhamdulillah semua okay, takda problem apa2. saya ikhtiar macam macam jenis mandian, tapi kuning tetap susah nak turun even tak pernah pun atas 200, semua bawah 180 je. just kerapkan susu baby, lg kerap dia berak lagi cepat kuning baby turun. mommy2 jangan stress, normal ja misi bagitau, tak semua baby kuning dia sekejap, ada yang sebulan pun masih ada tapi masih range normal. ikut pada darah baby jugak. dont worry okay 🥰
terima kasih mom
pengalaman sy dulu anak kuning hampir tukar darah sbb kuning anak tinggi btl. so, doc bg last chance utk sy usaha masa dlm wad. cara akhir sy, setiap sejam sy kasi bangun baby, paksa dia berjaga selama sejam & menyusu. lepastu bg tidur balik. sy ulang² bt bgtu smpai sy keluar wad. kuning anak turun. makan pn mau pantang jg sis. sy dlu, silap makan sikit kuning anak naik mencanak. ikhtiar akhir sy, mkn bubur & ikan bilis. air horlicks ja masa anak kuning. dari kuning anak beratus² sampai la 70 jak bacaan.
maaf nk tnye . mcm mana kejut baby ??
kalau sy sis, sy bagi minum perahan buah anggur hijau tu. Insyallah hilang. Ini pengalamn mak sy lah sbb dia yg bagitau.Masa kakak ipar sy pun anak dia ada kuning trus bgi minum perahan air anggur. mak dia nk bawa gi klinik tp kesihan jgk la tgk baby asyik²kena cucuk.. rasa kesihan kt baby. So mak sy tk suruh la gi klinik. cukup minum perahan air anggur je. Alhamdulillah dh hilang 😊...
Wasalam…kalau sy anak 1st,czer juga sy kerapkan susu 1jam 30mnt sekli..1jam sekali pon ada…kdg direct bdn kadag pam bg dlm botol..tp ada juga 1ari tu kuning mcm xturun..keluarga sy bg sikit je air kelapa kuning…risau sy..syukur xde apa..n kuning xda dah..seeloknya susu bdn la
waalaikumsalam..saya susu bdan drop.hrapkan susu fm je.haritu mak mertua mandikan anak saya dgn uncang herba cina kne rebus.mula2 saya tak bagi jugak nk mandikan dgn herba2 ni. tp mak mertua kata ikhtiar.alhamdulillah serasi..dari 169 lpas 3 hri turun 125 lpas 3 hari turun lagi 82.
Selain kerap menyusu, cara lain kena phototherapy. Memang itu je cara dia. Kalau fully bf memang akan lambat sikit turun banding guna susu formula. Sebab susu formula, baby lebih kerap berak, so kuning cepat turun.
thnkyouuu mom
masa baby saya kuning mak saya rebus daun inai pstu mandikan baby 2kali seharu dgn air rebus daun inai tu..alhamdulillah bnyak n cepat trun kuning baby...dri 187,180,149,110 n 75 pastu takde kuning dah
Cuba mandikan baby dengan air asam keping.. Rebus 3-4 keping lepastu biarkan suam² and then mndikan.. MIL sy buat mcm tu dekat anak sy.. 2 3 kali jgk alhamdulillah kuning anak sy tkde..
nanti saya try yg ni
Anonymous