Kebass Tgan Jadi Bngkak N Terseliuh

Assalammualaikum.. Sis nk ty sapa pernah jadi mcm nie tgn kebas berdenyut n bengkak.. Sye hamil nk 5bulan nk masuk 6 dah.. Adakah normal? Sye xpergi mana2 klinik lgi.. Dah 2 3hari mcm nie?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman puan, ketika hamil, hormon kehamilan yang tinggi akan menyebabkan tubuh menyimpan banyak air di dalam tisu tubuh dan ini boleh menyebabkan bengkak terutamanya pada kawasan kaki dan tangan. Apabila ini berlaku, kawasan seperti pergelangan tangan yang mempunyai banyak saraf boleh mengalami kebas dan sakit akibat saraf yang terhimpit. Namun begitu, untuk memastikan tiada penyebab lain yang lebih serius seperti terseliuh atau kecederaan otot atau struktur yang lain, anda disarankan untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan doktor serta rawatan yang diperlukan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
5y ago

Terima kasih atas info yg diberikan

Super Mum

Kalau dah bengkak better p check di klinik..