Berbelah bahagi hati pilih kerjaya atau mahu jadi surirumah dan jaga anak sendiri?

Assalammualaikum, saya nak berkongsi perasaan dan mahukan pendapat ibu2 dan bakal ibu disini. Saya bekerja sebagai Guru Kafa. Sejak akhir semenjak dua menjak ni banyak rezeki interview job masuk seperti kerja kerajaan berbagai jawatan. Saya bakalan dapat salah satu darinya. Jadi, sy agak berbelah bahagi diantara nak accept kerjaya atau mendahulukan menjaga anak sy yang bakal lahir tak lama lagi ( due date 25/02/2023). Mungkin sewaktu sy hendak terima offer job letter baby saya baru berumur 2 bulan lebih. Suami sy pun binggung lagi2 bnyk kes pasal pengasuh yg tak bertanggungjawab dalam mengasuh baby2, apatah lagi seawal umur 2 bulan. Suami sy ada suggest supaya sy tak bekerja dan jaga anak sendiri serta akan transfer bulanan duit untuk saya berbelanja bulanan shopping atau untuk simpanan seumpama bayaran gaji untuk sy supaya saya ada juga duit even tak bekerja. Hati sy tetap confused sbb sy dah biasa ada income hasil dari titik peluh sy sendiri. Rasa terapi diri even kadang stress bekerja juga. Lagi2 peluang terbuka luas masa kedepan jika kerja kerajaan untuk buat loan dan lain2. mohon semua kongsikan pendapat apa yg sepatutnya sy pilih?

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Buat solat istikharah sis. sy dulu cmtu. kerja untuk bantu suami. first anak sy masih lg bekerja. then anak second sy da berhenti kerja & suami pon suh duk umh jaga ank2 je sambil sy berniaga dr rumah je. zaman skrg ni macam² ujian kita. ekonomi pon tak menentu. yaqin & tawakal je dgn rezeki kita ada. in shaa Allah, Allah bantu mencukupkan

Baca lagi
3y ago

Saya mula2 ada plan nak berniaga atau buat kelas mengaji online atau dirumah. Tapi kawasan tempat saya tinggal ni dah ada org buat kelas mengaji. Then, berniaga pula saya tak berapa minat. Sy cuba istikharah, in shaa Allah sis. Thank you.