6 bulan.. patut ke berhenti kerja?

Minta pendapat ibu2 semua. Sy dah 6 bulan sekarang. Rasa tak mampu nak hadap dah perangai boss. Boleh kata setiap hari sy stress. Asyik marah2 je. Kesian rasa dekat baby dalam perut. Tp hati ni berbelah bahagi nak berhenti atau tak. Due makin hampir, duit banyak nak pakai sambut baby pertama. #BantuSaya

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya baru dapat berita nak kena buang kerja. sedih tapi saya redho dah tawakkal dengan Allah sangat sangat. tetiba HR call dan cancel sebab saya pregnant. ya allah bersyukur sangat sebab percaya dgn rezeki Allah. ni rezeki anak yang saya menumpang. bagi saya kesihatan mental lagi penting, kalau stress lebih baik sis rehat sekejap. percaya pada rezeki Allah & anak. mungkin cepat atau lambat. InshaAllah

Baca lagi
2y ago

allahu. besarnya ujian sis. mujur la majikan masih pertimbangkan keadaan sis yg tgh mengandung. moga dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu sis

saya pon sama dh 6 bulan..mmg lepas habis belajar, saya fokus kt kandungan. 100% pendapatan suami yg bawak 2k. Anak pertama gk. rumah sniri pon blom ada. suami keje, sya manage perbelanjaan dan saving nak bertahan sampai hujung bulan. saya tak mampu nak kerja, alahan hamil dan emosi saya tak kental nak bekerja dalam keadaan mcm ni. awak kira kuat lah juga huhu

Baca lagi
2y ago

tp kalau tak kerja, bukan setakat takde gaji je. tp sy duduk rumah pun sorang2. takde kawan nak bercakap. kalau kerja, ada la sesuatu yg sy boleh buat. takde la setiap hari rutin yg sama je

Kalau pendapat saya , sabar je dulu sebb kalau boss masalah staff lain ok , teruskan keje smpai waktu dah nak bersalin tu . Pastu terus resign habis pantang cari keje lain . InsyaAllah ada rezeki awak dgn anak nanti 🫰🏻

2y ago

baik sis. mmg itu pun plan sy. tp semenjak dua menjak ni rasa makin tak tahan je dgn boss.

Istikarah, minta Allah berikan jln yg terbaik .. & cuba bincang dgn suami .. Soal rezeki, InsyaAllah rezeki anak ni luar biasa .. Semoga sis dilimpahkan rezeki & dimudahkan segala urusan sis & keluarga ..

2y ago

thank you sis fida. sy da bincang ngn suami. dia ckp ok je kalau sy tak kerja. tp tak dpt la nak berjalan sana sini sgt. dia sediakan apa yg termampu je.

entah la. pndpt sy better berhenti. in sha Allah rezeki allah tu sentiasa ada. yakin dgn allah. mgkin blh try dropship ke. sy bersyukur sgt kerja sendiri, tak stress 😭😭 moga ibu2 lain baik2 sj

2y ago

ada terfikir juga mcm ni. tp sy sebenarnya lg suka kerja makan gaji. tp kalau situasi mendesak, sy kena ikhtiar la cara lain utk tambah pendapatan.

sy 2buln prgnnt je trus resign, company jenis xfhm bila sy nk ambil cuti g checkup klinik. alahan pun teruk, nak mc pun dorg bising. last resign je la. inshaAllah ada rezeki bby nanti

2y ago

kesiannya sis. tak patut lansung la majikan mcm ni. kena faham la bila staff pregnant mmg mcm tu. bukan saje kita nak cuti. selama kita kerja, kita buat yg terbaik, x cuti pon kalau xde hal, tak nak pulak majikan hargai ye?

Susah betul nak hadap boss tak memahami ni . Better benti je sis , sbb sian kat baby . Kita stress , dye ikut stress jugak tu 🥹 hhmm moga baik² je k

2y ago

nak benti rasa syg. sbb due pun da dekat. 😭

pendapat saya la kan, kalau kata tak bole tahan n rasa mcm tak okay je bila g kerja, better resign la. inshaAllah ada rezeki kt mana2x.

2y ago

terima kasih sis sfmd. amiin2 yarabbal alamin

kalau bos aje toxic tapi yang lain okay lantakkan kan saja. sbb yelah kita pun nak ada income sendiri. tapi kalau tak boleh sangat sangat baru resign hehe

2y ago

betul sis. boss je yg toxic. staff lain ok. sy kerja sorang2 je. staff lain semua di HQ. jd xde masalah dgn rakan sekerja. cuma sy x suka boss sy tu

Ambik cuti tanpa gaji sis..mungkin pembawakkan jugak kot tu jd extra stress..nk bhnti kena pk bnyk2 sbb amaran ekonomi merosot tahun depan kn..

2y ago

betul sis. sy pun rasa mcm pembawakan. sbb since awal preggy, sy jd cepat irritated. sebelum2 tu pon sy annoyed juga dgn boss, tp boleh kawal lg. makin lama, makin rasa menyampah. ishh