Berbelah bahagi hati pilih kerjaya atau mahu jadi surirumah dan jaga anak sendiri?

Assalammualaikum, saya nak berkongsi perasaan dan mahukan pendapat ibu2 dan bakal ibu disini. Saya bekerja sebagai Guru Kafa. Sejak akhir semenjak dua menjak ni banyak rezeki interview job masuk seperti kerja kerajaan berbagai jawatan. Saya bakalan dapat salah satu darinya. Jadi, sy agak berbelah bahagi diantara nak accept kerjaya atau mendahulukan menjaga anak sy yang bakal lahir tak lama lagi ( due date 25/02/2023). Mungkin sewaktu sy hendak terima offer job letter baby saya baru berumur 2 bulan lebih. Suami sy pun binggung lagi2 bnyk kes pasal pengasuh yg tak bertanggungjawab dalam mengasuh baby2, apatah lagi seawal umur 2 bulan. Suami sy ada suggest supaya sy tak bekerja dan jaga anak sendiri serta akan transfer bulanan duit untuk saya berbelanja bulanan shopping atau untuk simpanan seumpama bayaran gaji untuk sy supaya saya ada juga duit even tak bekerja. Hati sy tetap confused sbb sy dah biasa ada income hasil dari titik peluh sy sendiri. Rasa terapi diri even kadang stress bekerja juga. Lagi2 peluang terbuka luas masa kedepan jika kerja kerajaan untuk buat loan dan lain2. mohon semua kongsikan pendapat apa yg sepatutnya sy pilih?

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sy sebagai surirumah…yg terpaksa berhenti sbb jaga 3 anak..sy rs awk kerjalah. Anak baru nk masuk sorang kan? Kerja je puan. Hntar anak kat taska berdaftar. Ok je insyaAllah. 🥰

1y ago

Saya ada bertanya dan survey2 taska berdaftar. yg berdekatan rumah sy setakat ni tak ambil baby berusia 2 bulan. Mereka hnya ambik baby berusia setahun dan seawal 8 bulan keatas sahaja. Yg ada pun yg pengasuh persendirian. risau nak try lagi2 cari yg nak kenal pasti ad pngalaman jaga baby.