SEMBELIT TIME PREGNANCY
assalammualaikum hi mommies. tumpang tanya lagi. kalau sembelit time early pregnancy, and kita teran kuat kuat. bahaya tak? 🥹🥹
takut buasir sis. mcm sy, dok teran2 tibe2 buasir. btw sis ade consume ubt iron ke? biasa klu makan ubt iron mcm maltofer ke zincofer ke mmg akn sembelit. sy nk avoid supaya tk sembelit. sy makan ubt iron dgn oren n kurma. alhamdulillah drp tk berak 4 5hari, terus membuang 2hari skli. tu pon dh syukur. kalau tk siksa betul.
Baca lagiKlu sy takde rs nak keluar lgsg, bila smpai masa tu kemain smpai keluar air mata. Tp guna teknik pernafasan je, jgn teran. Sy minum marigold yg superfood hijau tu, selalunya lepas minum rs terus nak mmbuang. Klu tak pun minum vitagen & mkn buah pear packham.
Normal sembelit, jgn teran takut buasir. Boleh makan buah, atau kalau nak lembutkan najis, boleh mintak doctor prescribe ubat Lactulose. Saya kalau makan buah pun tak jalan, mmg amik Lactulose je. Make sure air kena bnyk ☺️
awak try makan buah sunquick. insyaallah membantu. sebb sy makan sunquick ms berpantang Alhamdulillah okay. sy kena sembelit teruk masa berpantang tu. kalau awak serasi, bolehla mkn ms berpantang nnti utk elak sembelit.
normal sembelit tapi jangan teran. kk cakap kalau awal awal pregnant dah ajar teran risau nanti bila nak bersalin kita nak keluarkan baby tapi 💩 yang keluar. inform kk masalah awak, nanti dorang bagi ubat
Jangan teran sis..nanti kene buasir dan takut ada sel dekat bahagian punggung keluar..sebaiknya makan ubat sembelit mcm lactul dan lain (selamat buat pregnancy)
kalau kerap hadapi masalah ini, awak minta doktor beri ubat.. kadang dah minum banyak air, mkn buah, sayur pun masih sembelit, elok minta nasihat doktor..
bahaya sis. takut buasir. sis boleh beli fiber sachet dkt farmasi untuk bantu melawaskan. jgn teran kuat sgt
jangan terlalu n selalu meneran sis , takut buasir . minum air lebih makan sayur or buah
Normal sembelit. Risiko kerap meneran kuat ialah menjemput buasir. 😊