Cyst Endometrioma

Assalammualaikum.. ada x sesiapa dlm ni yg ada pengalaman sakit cyst endometrioma? Kandungan sy dah 15 minggu. Cyst sy besar saiz 8cm. Doktor bg sy pilihan sama ada simpan / operate. Tapi dua2 ada risiko keguguran. Sy buntu nak buat keputusan dan ni anak 1st sy. Mohon bantu sy. ?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy dpt tahu ada cyst masa 14weeks pregn. tp surat dari kk lambat smpai ke hosp, dpt jumpa pakar dh masuk 20weeks. sbb terlewat jumpa pakar, xdpt buat apa2 n masa tu pakar kata kena bersalin nnt mgkin czer. cyst saya 7x8cm masa tu. cuma follow up mcm biasa smpai la 36weeks, alhamdulillah pakar kata cyst x menghalang laluan bayi keluar, dia dah bergerak ke belakang baby. alhamdulillah sy dpt bersalin normal. lepas anak masuk 10 bulan baru sy buat minor operation buang cyst tersebut masa tu dah 9x12cm. alhamdulillah anak sy sekarang 1tahun 10 bulan, n now 9weeks pregnant 2nd baby.

Baca lagi

sy tak preggy lg tp size endometrioma kita sma 😢 bln ni sy dh late period. tak berani nak cek lg. tkt kcewa. doc syorkan sy buang endo tu pastu buat IVF. tp dlema sbb tkt blm smbuh 💯% endo brulang kmbali. sy dh pnah opret dec|2017.ni skg tmbuh berulang la ni. bulan lalu last scan. tu yg nmpk sz dh 8cm.doc bg temujnji lg 23|3 ni. klu bleh sy xnk bedah lg.. 😢

Baca lagi

walaikumsalam , first checkup saya masa 7minggu doctor ada inform saya ada cyst kembar 5cm + 3cm . pada mulanya mmg doctor nk buat operation untk buang cyst tanpa ganggu baby. tp da 11 minggu alhamdulillah boleh teruskan seperti biasa doctor cuma pantau cyst tu shj.

VIP Member

Bagi saya sis kena muhasabah antara dua keputusan tu mana mudaratnya kecil, dan kiranya antara dua tu memang langsung tade peluang ke kalau gugur nak mengandung semula

Salam sis.. boleh cerita pengalaman sis tak? Sy ada endo history.. skrg pregnant ada cyst 4cm 8week skrg. Apa keputusan yg lebih baik. Boleh share?