Fulltime housewife, bonding & tolak ansur

Assalam wbt & happy sunday everybody! Buat apa je hari ahad ni mommy daddy? Harini dah tamat PKPD selangor tapi still PKP jadi apa lagi duduk rumah je la kan 😂 sy dah 4 tahun duduk rumah je. Dulu sebelum pandemik pun jenis duduk rumah. Kalau berjalan pun tunggu suami gaji or cuti. Sebab kita ni housewife. Kenderaan pun 1 je & husband memang tak bagi keluar sorang. Risau katanya 😅 lama betul sy tak drive sampai lesen pun dah mati. Sebelum kahwin dulu kemain ligat lagi siap jadi pomen terjun kadang2 tu tolong family & friends 😂 tapi laa nii..pegang stereng pun mcm kekok ape lagi nak tekan pedal minyak😖 tapi kalau cabar kita on je 😜 Eh bukan suami control kita tapi bila kita dah terbiasa sangat ada orang layan kita tolong drive & teman pi sana sini. Jadi seronok & tak yah nak pening2.. Ramai je tanya tak bosan ke jadi housewife ni. Fulltime pulak tu. Eeeerrr tak tau nak cakap macam mana sebab lain orang lain persepsi & pandangan. Pada sy tak bosan pun cuma nya ada masa kita akan rasa “burnout” juga kadang2. Tapi tu pun sebab degil 😅 orang suruh rehat tapi kita tak gunakan peluang yang ada. Oh ada juga soalan tak depress ke jadi housewife lepas tu kene duduk je rumah. Ahaaa I admit I’m a depression fighter & been strugling with depression for 3 years. Last year baru macam okay. Everything smooth & steady. Tapi tu la pandemik lah pulak 😅😅 Husband ada tolong2 tak walaupun fulltime housewife? Ofcourse ada. Dia yang vaccum, lap lantai, cuci & sidai baju, cuci toilet & segala susun atur deko rumah dia yang buat sebab husband OCD so everything has to be perfect on his eyes. So dekat situ kita dah lega dah. Just urus anak2, masak & kemas benda2 simple je la. Jadi seronok je sebenarnya jadi fulltime housewife ni. In fact masa husband keluar kerja, sy buat je all the house chores macam vaccum & lap lantai, cuci toilet semua tu tapi endup husband akan buat lagi bila dia dah balik or dia akan buat on weekend sebab nya ada je yg tak kena dekat mata dia kalau orang lain yg buat. Jadi bila buat sendiri baru puas hati. Yeah OCD kan😅 dalam masa yang sama kita bertolak ansur dengan pasangan kita. Kita bonding dengan cara macam tu kalau susah nak bonding mesra2. Zaman berkahwin amatlah berbeza dengan zaman bercinta. Tapi tak salah kalau kita sama2 kekalkan rasa cinta tu dalam keluarga. Sapa je yang taknak kan.. Jadi mommy daddy, bertolak ansur lah dalam pengurusan rumah tangga. Anak2 sentiasa melihat kita sebagai role model mereka. Wahai daddy2 sila bantu isteri anda & kepada mommy2 selalulah support suami anda untuk perkara yang baik. Anak2 sedang mencontohi anda. Spread the love ❤️ #journalmamy #18July2021 #TAPSuperMom #WaisDanMawa

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya admit mommy Mawa. Previously sebelum ada anak saya stress sebab kerja tu feel nya lain tapi bila dah jadi housewife and memang plan nak ber business tu tergendala sebab saya kadang takut saya terlepas pandang jaga anak dgn ada pula yg tegur tk kena cara anak saya (bukan suami) seriously saya tak pernah rasa depression then saya rasa depression. Tulah jangan ada stigma housewife ni semua benda senang boleh relax memanjang. Plus ada hutang (not personal loan) even boleh bayar sikit-sikit of course cell otak tu berhubung je haha. Anyway jadi housewife tak semudah yang disangka. If jadi career woman pun struggle nak cari masa pula untuk anak tapi ada juga masa nak bersosial. So apa-apa pun perlu ada circle yang boleh dipercayai untuk kita share rasa supaya kesihatan mental kita pun terjaga kan 😘🥰

Baca lagi
3y ago

Haha ye mommy. Ooo sama juga ke mommy Mateen. Allahu sememangnya Allah jadikan wanita ni untuk jadi makhluk yang kuat dalaman nya.