Anda ada pengalaman pergi berurut & diberitahu mengandung?

Hi Assalam semua. Sy seorang yg sukakan me time & husband sendiri sentiasa support utk sy buat penjagaan dan kecantikan diri. Jadi, mmg setiap bulan sekurang-kurangnya sekali, sy mesti pergi ke Spa, Wellness, Manicure Pedicure, salon, etc. Jadi sejak kebelakangan ni, mmg sy agak sibuk bekerja, very busy here & there dan terasa tak sedap badan. Antara yg sy alami:- 1. Pening kepala 2. Kerap rasa mual 3. Muntah selepas makan 4. Sakit pinggang 5. Rasa nak demam, tapi tak demam. 6. Cepat letih dan lesu 7. Mood tak seimbang, sambil makan nasi tiba2 boleh menangis lepastu tiba2 dah okay 😂 Jadi sy decided utk pergi massage semalam. Di spa yg sy biasa pergi. Salin ke pakaian spa, meniarap utk berurut, tukang urut check badan saya sebelum memulakan urutan. Dia cakap, badan you dah lain ni. Urat you nampak kembang. Badan you seperti ada isi ni (sambil dia memegang bahagian belakang pinggang). Dia kata, sy tak boleh urut ni di bahagian ni, sy rasa you pregnant. Ada isi ni. Sy terkejut sangat. Sambil terus rasa panas sebab terkejut sgt. So, we decided to focus pada urutan ringan di bahu. Diurut diurut, dia kata, “Tengok.. sebenarnya badan you tak sakit pun kan? You cuma rasa sedap je bila sy slowly massage.. sy langsung tak tekan badan you. Sy cuma perlahan2 sentuh je.. Macam org mengandung you ni..” Berkali2 dia ulang. Badan you (saya) ada isi. Sebulan lagi cuba check. Sbb you kurus, so you tak detect. Tapi tengok badan you rasanya mmg ada isi ni. Jadi sy nak bertanya.. adakah melalui pengalaman tukang urut, sudah boleh mengetahui sekiranya kita mengandung? Apapun, mungkin yg terbaik utk sy tunggu dulu sekitar 3-4 minggu dan check kan? Cuma itulah, kalau anda ada pengalaman lebih kurang sama mungkin boleh sharekan pendapat ☺️

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

mmg ade tukang urut boleh tau kite ade isi ke x. nak2 lagi kalau bidan2 kampung, bidan2 lama. bila due period baru buat upt test. kalau belum due lagi, hormon hcg still rendah dlm bdn, upt x boleh detect.

boleh buat upt untuk kepastian